“Siapa makan cili, dia rasa pedasnya.”

0

BERCUTI dengan bukan Mahram tetapi ditemani orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara! Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, tetap haram. Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja… Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. Jangan cuba menghalalkan yang haram!

hanez

WALAUPUN tulisan Juara Imam Muda Musim Kedua, Imam Muda Hassan tidak ‘bernama’, namun ramai yang membuat andaian bahawa kata-kata itu ditujukan kepada pelakon, Hanez Suraya yang kini dihimpit kontroversi yang membabitkan dirinya ketika ini.

Mengulas dakwaan kononnya dia ‘menegur’ pelakon itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Sinar Harian menerusi tajuk, ‘Hanez Suraya ‘ditegur’ imam’, Imam Muda Hassan hari ini memberi maklum balas  dengan menulis di laman facebooknya.

“Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Saya tak tuju khas kepada sesiapa. Cuma, saya tuju kepada mereka yang suka bercuti bersama ‘pasangan’ walaupun pada hakikatnya belum ada perhubungan yang sah. Malah dikhuatiri takut menjafi ‘trend’.

Kita ni orang Islam, jadi tunjukkan akhlak sebagai orang Islam. Kita ada Allah, yakinlah bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan walaupun manusia tidak melihatnya. Peringatan untuk diri saya sendiri juga.”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply