Siri Jelajah Wings Bersama Kelab Motor

0
“Kembara ini tidak hanya ke Pantai Timur, kami akan ke beberapa lokasi di selatan bermula 5 hingga 8 September ini, di utara pula pada 6 hingga 8 Oktober nanti," Awie.

“Kembara ini tidak hanya ke Pantai Timur, kami akan ke beberapa lokasi di selatan bermula 5 hingga 8 September ini, di utara pula pada 6 hingga 8 Oktober nanti,” Awie.

Bersempena mempromosikan Konsert 30 Tahun Wings yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 31 Oktober ini, kumpulan legenda rock, Wings memulakan siri pertama Kembara Jelajah Bermotor ke beberapa destinasi terpilih ke negeri di pantai Timur termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari bermula hari 24 Ogos 2015 hingga 26 Ogos 2015.

Di samping mempromosikan konsert, Wings turut melancarkan ‘Karnival Get Ready‘ – memperkenalkan Kempen Menghadapi Bencana Alam pada setiap destinasi yang dituju. Menurut vokalisnya, Awie, kempen ini bertujuan memberi pendedahan awal dan langkah awal persediaan dan meningkatkan kesedaran orang ramai bagi menghadapi bencana alam.

Karnival ‘GetReady‘ ini bermula pada 9 pagi hingga jam 4 petang, manakala konsert bermula pada jam 8.30 malam pada 31 Oktober. Kembara Jelajah Bermotor ini berjaya menggabungkan ‘RIDER‘ dari pelbagai kelab motor antaramya Kelab Ducati, Kelab Bermotor Harley Davidson, Kelab Motor BMW untuk berarak dari Kuala Lumpur dan disambut Riders’ tempatan dari setiap negeri dan berkonvoi bersama-sama ke destinasi menarik seterusnya. Sementera penaja yang terbabit dalam Jelajah Kembara Wings antaranya Swiss Garden Hotel & Residences, Grand Riverview Hotel, G-Orange, Adel Secret Beauty dan Kelbikes.

“Sebenarnya, siri kembara ini untuk melantik ejen tiket di setiap negeri. Pada masa sama, kami mengambil kesempatan untuk bertemu peminat di Pantai Timur.

“Kembara ini tidak hanya ke Pantai Timur, kami akan ke beberapa lokasi di selatan bermula 5 hingga 8 September ini, di utara pula pada 6 hingga 8 Oktober nanti. Selain melengkapkan lagi kembara ini, kami turut melancarkan kempen Get Ready sebagai tanda prihatin pada isu semasa yang berlaku,” kata Awie ketika ditemui pada majlis perasmian kembara bermotor itu telah dijalankan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) pada 24 Ogos 2015.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Zain Azrai Rashid berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyokong kerjasama strategik bersama Wings menerusi program ini.

“Program ini secara tidak langsung mampu memberikan publisiti dan pendedahan mengenai MaTiC, di mana Wings boleh memainkan peranan dalam mempromosikan industri pelancongan dan kebudayaan serta Tahun Festival Malaysia (MyFEST) 2015 dalam siri jelajah mereka,” ujarnya.

Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini ialah RM85, RM285 (RockZone) dan RM 48 (khas untuk pelajar tertakluk pada terma dan syarat). Tiket ini boleh dibeli secara dalam talian boleh dibeli secara atas talian melalui www.tickethotline.com.my atau maklumat lanjut di www.sayap2wings.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply