Sisi fiksyen Takhta 3 Ratu

0
Bagi kedua-dua versi, Takhta 3 Ratu Erma fatimah menerbitkannya dalam dua olahan berlainan.

Bagi kedua-dua versi, Takhta 3 Ratu Erma fatimah menerbitkannya dalam dua olahan berlainan.

TIGA Ratu dan tiga jiwa, yang berbeza mahunya. Antara cinta, tanggungjawab dan kedaulatan, yang mungkin merobohkan kota Melaka atau mungkin juga memacunya menjadi sebuah Empayar gemilang. Lantas nafsu yang membakar naluri tiga ratu ini akan meresap meladur golak ke setiap penjuru istana untuk menguasai Takhta.

Buat julung kali Astro First Eksklusif menawarkan sebuah genre epik berlatarbelakangkan zaman kesultananan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Filem televisyen (FTV) ‘Takhta 3 Ratu’ arahan Eirma Fatima ini bakal bersiaran mulai 25 Disember 2014, sejurus selepas versi teater dipentaskan di Istana Budaya dari 13 hingga 22 Disember 2014.

Takhta 3 Ratu adalah naskah fiksyen yang digarap berlatarbelakangkan sejarah, menyelusuri kisah tiga ratu kepada Sultan Mansur Syah, lakonan Azri Iskandar. Menyelami jiwa dan naluri wanita  bangsawan ini – Lela Wangsa (Erra Fazira), Hang Li Po (Soo Wincci) dan Galuh Chenderai Kirana (Feby Febiola), dalam pergolakan serta konflik perebutan takhta dan cinta.

Takhta 3 Ratu menjalani penggambaran di Taman Botani Negara, Shah Alam, Taman Mini Malaysia & Asean Melaka dan The Banjaran di Ipoh, selain sebahagian babaknya dirakamkan di Jogjakarta, Indonesia. Diterbitkan Rumah Karya Citra, filem televisyen ini turut dibintangi Awie sebagai Hang Tuah, Beto Kusyairy (Hang Jebat), Dato’ Rahim Razali(Tun Perak), Ellie Suriaty (Mbak Kuriang) dan Meor Hashim Manap (Abbi Andri).

Selain barisan pelakon pembantu termasuk Aqasha (Chakrapadee), Benjy (Hang Nadim), Azman Jantan (Sri Nara Di Raja), Wong Sip Nen (Cheng Ho), Kaza (Datuk Malim Tempang), Dato’ Ahmad Tamimi Siregar (Dewa Sura), Ruminah Sidek (Bonda Dewa Sura) dan Puteri Balqis (Pue). Gandingan hebat pelakon ini mampu memberi satu kupasan menarik dan berlainan dari aspek sejarah berhubung kisah di Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15.

Takhta 3 Ratu mengisahkan puteri Majapahit, Galuh Chenderai (Feby Febiola) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-duanya dikejutkan dengan berita Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra fazira), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba menyerang Melaka. Gandingan hebat pelakon ini mampu memberi satu kupasan lain dari aspek sejarah berhubung Melayu Melaka pada kurun ke-15.

Bagaimanapun, Erma menegaskan, dia tidak sekali-kali memfiksyenkan sejarah. Sebaliknya, mengambil peluang sebagai anak seni, untuk menyampaikan cerita berkenaan dari sudut pandangannya bagi diterjemahkan dalam bentuk filem.

“Saya harap penonton dapat faham penceritaan karya ini dan tidak keliru dengan fakta sejarah kerana saya menghasilkannya mengikut sudut pandang saya daripada kisah Hang Li Po dan Tun Teja. Justeru, karya ini dipanggil sebuah naskhah berbentuk fiksyen dan jangan salah faham, saya tidak  berniat mengelirukan sejarah,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif filem itu di Istana Budaya, baru-baru ini.

DSC03005Kontroversi Pengarah tersohor negara ini juga enggan memikirkan isu ‘berkemban’ dalam karyanya yang dibangkitkan segelintir pihak.

“Saya pernah jatuh terduduk, ketika filem Embun membabitkan adegan rogol itu dan hari ini saya bangkit bukan untuk melayan isu berkemban. Kalau ada sesiapa yang mahu mempertikaikan isu itu (berkemban) dan menimbul kontroversi sekali lagi, saya redha.

Besar harapan saya, benda ini tidak diisukan sebab ada banyak lagi benda lain dalam ‘Takhta’ ini yang boleh perkatakan dan saya harap penonton lebih bijak menilai filem ini berbanding mengetengahkan isu ‘berkemban’.”

Sebelum itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan barisan pelakon hebat ini beraksi di pentas Istana Budaya bermula 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya, tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh didapati di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply