Siti Nurhaliza bakal jadi ibu 5 bulan lagi

0

TERJAWABLAH semua spekulasi Datuk Siti Nurhaliza hamil apabila penyanyi tersohor itu mengesahkan mengandung empat bulan. Ini bermakna, dia bakal menjadi ibu kira-kira Mac 2018.

Datuk Siti Nurhaliza sahkan mengandung empat bulan.

“Alhamdulillah, pada usia 38 tahun dan ulang tahun ke-11 perkahwinan, Tuhan makbulkan impian untuk menjadi ibu tidak lama lagi. Tumpuan saya sekarang semua hal membabitkan anak dan tidak ambil sebarang kerja atau aktiviti,” katanya yang berkongsi berita gembira itu melalui sidang akbar dari kediamannya di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Kata Siti, tujuan utama pengumuman berkenaan supaya pihak yang berurusan dengan Siti Nurhaliza Production (SNP) memahami keadaannya yang tidak dapat memenuhi undangan sejak beberapa bulan lalu juga untuk tempoh akan datang.

Terdahulu, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat dihadiri sanak-saudara dan kenalan rapat

Siti yang mengenakan jubah merah muda kelihatan berseri dengan tubuh sedikit berisi sesuai perubahan fizikal dialaminya.

“Saya harap peminat dan semua pihak doakan kandungan saya sihat. Semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi insan yang baik,” katanya.

Perlahankan kerjaya seni

Spekulasi kehamilannya mula tersebar sejak beberapa bulan lalu apabila penyanyi lagu Segala Perasaan itu dilihat memperlahankan seketika kerjaya seninya.

Bagaimanapun, dia tidak memberi maklum balas mengenai berita kehamilannya dan  memilih berdiam diri. Pada Disember 2015, Siti pernah keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

“Selepas melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dan suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa saya sedang hamil empat bulan.

“Tiada kata dapat menggambarkan rasa syukur dan gembirannya kerana Allah memberi kurniaan yang terlalu agung ini, selepas 11 tahun kami bersabar, Inilah juga yang menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” katanya selain turut  mendedahkan, sebelum ini pernah beberapa kali melakukan rawatan feterliti (IVF) untuk mendapat cahaya mata dan bersyukur usaha itu akhirnya berjaya.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply