Saturday, Jun 23, 2018
HomeBeritaSoalan tanpa jawapan

Soalan tanpa jawapan

Apabila penerbangan MH370 dikatakan terhempas di selatan Lautan Hindi, penyiasat kini memperhalusi data satelit untuk mengenal pasti apa yang membawa Boeing 777-200ER itu ke kawasan terpencil berkenaan sama ada ia sengaja dihempaskan atau adakah ia terbang menggunakan mod pandu auto hingga kehabisan minyak, kata seseorang yang rapat dengan pasukan penyiasat Malaysia kepada Wall Street Journal (WSJ).

Advertisements

“Jika dan bila kami dapat lokasi yang lebih tepat, barulah kami mungkin dapat memastikan sama ada ia dilencongkan oleh mod pandu auto atau adakah ia diterbangkan ke sana.

“Dengan jumlah minyak dalam pesawat, adakah ia pergi ke lokasi paling terpencil? Adakah ia mengambil jalan yang berpusing-pusing?” katanya.

Analisis data satelit terbaharu mengecilkan kawasan pencarian di lautan itu kepada suku daripada zon sasaran terdahulu.

Analisis yang sama digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pesawat itu hilang di selatan Lautan Hindi.-Harian Metro

comments

Juruterbang Malindo
Pas yakin MH370 dira

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja