Solidariti Amin Idris untuk UAI

0

Amin3MESKIPUN ketika ini pelbagai kecaman dilemparkan masyarakat kepada pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) gara-gara penyebaran video lucah yang dikononnya ada kaitan dengan dirinya.

Personaliti tv Al Hijrah, Amin Idris menunjukkan solidaritinya kepada UAI menerusi status di laman sosial. Di dalam akaun facebook miliknya, Amin menulis kata-kata sokongan dan semangat kepada agamawan tersohor itu dengan hash tag (#) Solidariti Untuk Ustaz Azhar Idrus.

“Ya Allah… Kau lindungilah insan ini dari bahaya fitnah. Peliharalah insan ini dari kejahatan. Jagalah insan ini dari perasaan, tangan dan mulut yang mungkar. Kau balaslah pemfitnah dengan balasan keinsafan. Jika mereka mereka berkeras untuk insaf, kau binasalah perasaan jahat dalam hati mereka.” Tulis Amin pada kapsyen gambar dia bersama UAI yang dirakam dalam satu majlis ilmu.Amin

Penceramah motivasi itu sebelum ini pernah menjadi mangsa seorang pengguna Skype dari Filipina. Amin pada mulanya dikatakan berbual dengan mangsanya melalui video dalam laman sosial itu untuk tujuan jemputan mengendalikan program training kepada pekerja kilang di sana.

Malangnya, pada keesokan hari dia dihubungi di skype dengan video yang memaparkan dia sedang minum arak, menari di disko dan turut disertakan sebuah video yang cukup mengaikan dirinya. Dia diugut agar memberi sejumlah wang, jika tidak video itu akan disebarkan.

Amin4Bagaimanapun, Amin tidak memenuhi ugutan itu, tetapi dia tetap bimbang akan timbul fitnah luar biasa dan ‘membunuhnya’ kerana persepsi rakyat Malaysia. Menerusi laman facebooknya, dia telah memberi penjelasan ringkas mengenai ugutan itu termasuk bersumpah bahawa dia tidak melakukan perbuatan seperti di dalam video itu. “Wallahi…Wabillahi…Watallahi…Saya tidak pernah buat seperti apa yang ada dalam video tersebut. Semoga Malaysia bersama saya.”

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply