Monday, Jul 16, 2018
HomeInspirasi DapurSos Cili Penambat Selera

Sos Cili Penambat Selera

Mahu cuba buat sos cili sendiri? Mudah saja caranya, bahan yang diperlukan juga senang didapati di pasar sekitar tempat tinggal anda. Terima kasih kepada Nur Ain daripada Molek Delight, Kepong, Selangor, sudi berkongsi resipi membuat sos cili ini.

Advertisements

Bahan-bahan:
1/2 kg cili merah, dibuang bijinya dan dipotong-potong
10-15 tangkai cili padi (jika suka)
1 cawan tomato (tomato direbus terlebih dahulu dan dibuang kulitnya. Kemudian dikisar halus).
2 ulas bawang putih, dipotong kecil
Garam dan gula secukupnya
Cuka makan secukupnya

Cara membuatnya:
1. Campur semua bahan di dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
2. Di dalam periuk, tuang bahan yang telah dikisar. Masak sehingga mendidih dan pekat.
3. Selepas sos cili sejuk, tuang ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk 24 jam sebelum digunakan. Selamat mencuba.

*Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui emel hipandabaca@gmail.com. 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
"Panglima' Wings geg
'JJK' Perkenal Produ

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja