Spekulasi cerai talak tiga, Sairah enggan komen

0
"Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat," Siti Sairah Tarudin.

“Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” Siti Sairah Tarudin.

MESKIPUN ketika hangat diperkataan mengenai berita penceraiannya, namun adik kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah Tarudin, 31, enggan mengulas mengenai perceraiannya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie yang khabarnya berlaku pada 27 Oktober 2014.

Memetik laporan Utusan Online, Sairah buat masa ini lebih selesa untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya minta maaf, bukan tidak mahu komen tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Online semalam.

Sairah dan Saiful berkahwin pada 27 Oktober 2010, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan Ahmad Aisy, 10 bulan. Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan pasangan ini telah bercerai dengan talak tiga pada tarikh ulang tahun keempat perkahwinan mereka.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Sairah ada memuat naik gambar dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan keadaannya ketika ini. Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai.- Sumber: Utusan Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply