“Spekulasi hamil, biar Siti Umum Sendiri.”- Rozi Abdul Razak

0
Difahamkan, Siti mahupun suaminya enggan berkongsi cerita itu secara terbuka kerana usia kandungan yang masih baharu.

Difahamkan, Siti mahupun suaminya enggan berkongsi cerita itu secara terbuka kerana usia kandungan yang masih baharu.

Spekulasi kehamilan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza terus menjadi teka-teki dan viral di media sosial. Pihak media juga turut teruja dan tidak mahu ketinggalan memaparkan perkembangan terbaharu mengenai berita kehamilan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, peminat juga seolah-olah tidak sabar menantikan pengumuman dan pengesahan mengenai berita baik itu, malah rata-rata peminat mendoakan khabar kehamilan itu benar-benar menjadi kenyataan selain dihujani ucapan tahniah daripada peminat menerusi komen di Instagram miliknya. Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dan gembria dengan berita itu selain mendoakan kesihatan Siti serta kandungannya.

Bagaimanapun, pengurus Siti berharap masyarakat dapat menghormati permintaan penyanyi tersohor negara itu yang belum bersedia membuat sebarang pengesahan berhubung khabar kehamilannya.

Rozi Abdul Razak, menerusi satu kenyataan dalam akaun Facebook dan Instagram, menjelaskan dia hanya menjalankan tugas seperti mana yang diarahkan dan berharap perkara itu dapat difahami semua pihak.

Rozi berkata, seperti mana kenyataan yang dikeluarkan hujung minggu lalu, biarlah Siti sendiri mengumumkan perkara berkenaan apabila tiba masa yang sesuai kelak. Pada masa sama, Rozi yang juga kakak ipar Siti, meminta semua pihak agar bersabar dan terus mendoakan yang terbaik buat penghibur kesayangan ramai itu.

Rozi yang juga kakak ipar Siti, meminta semua pihak agar bersabar dan terus mendoakan yang terbaik buat penghibur kesayangan ramai itu.

Rozi yang juga kakak ipar Siti, meminta semua pihak agar bersabar dan terus mendoakan yang terbaik buat penghibur kesayangan ramai itu.

Spekulasi kehamilan Siti mula diperkatakan selepas dia memuat naik gambar susu kambing dan kurma di akaun Instagram, minggu lalu.Juga ketika berpadu suara bersama Hetty Koes Endang sewaktu konsert ‘Satu Suara Volume 2’ di Istana Budaya minggu lalu, gurauan penyanyi dari seberang itu supaya Siti tidak terlalu lasak di atas pentas (menari) menggambarkan seolah-olah sedang berbadan dua.

Pun begitu, Siti dalam satu sidang media yang diadakan selepas persembahan konsert itu, bijak menepis soalan nakal daripada wartawan yang mahukan pengesahannya mengenai berita baik itu. Siti dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply