Spekulasi Hamil, Siti Mohon Doa Jadi Kenyataan

0
ctkurma2

Siti mengakui belum bersedia berkongsi berita kehamilan yang diharapkan ramai pada masa ini secara terbuka.

Kehadiran cahaya mata pasti menjadi impian dan dambaan bagi setiap pasangan suami isteri. Begitu juga buat penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sembilan tahun berkahwin dengan ahli perniagaan itu, pastinya penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza amat berharap ada khabar gembira menghiasi rumah tangganya. Pun begitu, mengulas mengenai spekulasi hamil yang kini panas diperkatakan, Siti mengakui belum bersedia berkongsi berita kehamilan yang diharapkan ramai pada masa ini secara terbuka.

“Belum waktunya untuk saya bercerita mengenai perkara itu (spekulasi hamil), tetapi sekiranya itu adalah doa… Doa yang baik untuk diri Siti, Siti mohon semua doakan ia menjadi kenyataan.” kata Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas berakhirnya malam kedua Konsert Suatu Suara Volum 2 bersama Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Spekulasi hamil itu menjadi viral apabila baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi gambar minuman susu kambing dan kurma di akaun Instagram miliknya.

Minuman itu disifatkan ramai sebagai antara kombinasi terbaik bagi wanita mengandung kerana khasiatnya.

Minuman itu disifatkan ramai sebagai antara kombinasi terbaik bagi wanita mengandung kerana khasiatnya.

Minuman itu disifatkan ramai sebagai antara kombinasi terbaik bagi wanita mengandung kerana khasiatnya. Justeru, perkongsian gambar itu telah mengundang tanda tanya dan persoalan pengikutnya apakah penyanyi Mikraj Cinta itu sedang hamil, ramai turut mengucapkan tahniah apabila perkongsian itu menjadi viral di media sosial.

“Sebelum ini Siti ada berkongsi mengenai gambar susu kambing dan kurma di laman sosial. Sebenarnya, Siti terkejut dengan berita itu dan ada memaklumkan kepada suami. InsyaAllah, jika ada khabar gembira, pastinya Siti akan berkongsi berita baik itu. Saya tak akan berselindung apa-apa sahaja berita baik.”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply