Srikandi legenda dalam Takhta 3 Ratu

0

tahta4CUKUP mengujakan apabila watak tiga srikandi legenda wanita juga isteri kepada Sultan Mansur Shah iaitu Tun Teja, Raden Galuh Chenderai dan Hang Li Po dizahirkan dipentas di Istana Budaya pada 13 hingga 22 Disember 2014.

Menerusi kerjasama sulung antara Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. (milik Erma Fatima), Erra Fazira Entertainment Sdn. Bhd dan Awie Entertainment Sdn. Bhd., produksi ini bakal mementaskan sebuah karya epik yang mengangkat martabat wanita pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menerusi teater Takhta 3 Ratu.

Sebelum diterjemahkan ke pentas teater, judul sama turut diterbitkan menerusi versi drama tetapi masih belum disiarkan. Beberapa pelakon seperti Erra, Awie, Soo Wincci, Ellie Suriaty dan Datuk Rahim Razali adalah pelakon asal versi drama.

Teater arahan Erma Fatima yang memberi tumpuan kepada sudut pandang cerita tiga ratu, Galuh Chenderai, Lela Wangsa dan Puteri Hang Li Po ini dibarisi pelakon berkredibiliti termasuk Erra yang akan menjayakan Tun Teja,  Izreen Azminda (Raden Galuh Chenderai), Soo Wincci (Hang Li Po).

Tahta 3 Ratu turut dibintangi Awie yang tanggungjawab menggalas watak Laksamana Melaka, Hang Tuah, Beto Khusyairi (Hang Jebat), Azri Iskandar (Sultan Mansur), Remy Ishak (Megat Terawih), Ellie Suriaty (Mbok Kuriang), Tasha Shilla (Sekar) dan Michael Ang (Gui Ying).

Teater Takhta 3 Ratu mengisahkan puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) kecewa dan terluka apabila suaminya itu mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) demi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan teater Tahta 3 Ratu di Panggung sari, Istana Budaya Disember ini.

Barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan teater Tahta 3 Ratu di Panggung sari, Istana Budaya Disember ini.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-duanya terkejut dan cukup kecewa apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba menyerang Melaka.

“Banyak perkara daripada pelbagai sudut telah dipertimbangkan sebelum kami nekad mementaskan teater ini. Maklum sajalah akhir tahun, bajet agak terhad tetapi kami berharap sokongan penggemar teater, dunia seni termasuk rakan media untuk pementasan ini,” kata Erra ketika ditemui pada majlis minum petang bersempena pengumuman pementasan teater Takhta 3 Ratu di Restoran Bora Ombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya atau dengan melayari laman www.airasiaredpix.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply