Suai padan warna & motif

0
Gambar: Koleksi H&M

Gambar: Koleksi H&M

SEIRING waktu, perkembangan dunia fesyen terus berevolusi. Hari ini,  fesyen berkembang dari gaya busana jalanan, ada diubah suai dari gaya tradisi dengan sentuhan moden dan semakin digemari kini, busana paduan kepelbagaian motif dan warna.

Tidak dinafikan, kesilapan berbusana membuat seseorang menjadi ‘mangsa fesyen’, namun sebenarnya gaya bukanlah sesuatu yang kaku sebaliknya sebahagian daripada seni yang memerlukan kebebasan kreativiti.

Berikut ini beberapa tip untuk anda mensuai padan konsep busana dengan kepelbagaian motif dan warna, tetapi tidak membuat anda pelik dan memalukan.

1. Paduan warna kontras
Warna senada meskipun menonjolkan motif yang berbeza, masih menghasilkan suai padan yang selaras di mata. Jika pilihan busana anda terdiri dari beberapa variasi warna, gandingkan dengan rona paling dominan.
Bagi menghasilkan estetika berbusana terbaik, warna tidak semestinya perlu sama.  Jenis warna berbeza atau kontras boleh menjadi paduan menarik. Misalnya hijau tua dan kuning, merah muda dan biru atau merah muda dan ungu. Jika mahu selamat, hitam dan putih paduan paling sempurna untuk semua pasangan warna.

2. Motif sederhana
Salah satu motif paling sederhana dan mudah disuai padan dengan pelbagai gaya adalah motif garis hitam dan putih.  Jadi, jika mahu penampilan lebih sempurna, pilih busana bermotif sederhana.
Jika mahu sedikit ‘cabaran’ berfesyen dan bereksperimen, anda boleh  mencuba paduan motif flora dan fauna. Bagaimanapun, pastikan suai padan warna selaras.

3.  Seimbang
Pastikan paduan kepelbagaian warna dan motif tetap seimbang. Jika anda mahu mensuai padan tiga jenis busana dalam satu penampilan, pastikan salah satunya tidak bermotif (polos). Misalnya, jika blaus atau kemeja bercorak dipadukan dengan celana bermotif, pilih jaket atau polos.

4. Aksesori
Busana yang disuai padan dengan variasi motif dan warna, semakin bergaya dengan aksesori sebagai penyeri penampilan. Pastikan warna aksesori menonjolkan rona solid senada dengan salah satu busana anda.


Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply