Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali

0
Saat bahagia Abby dan Farhan sebagai pasanagn suami isteri.

Saat bahagia Abby dan Farhan sebagai pasanagn suami isteri.

SUAMI kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dia melakukan dua kali lafaz cerai kepada pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah, suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka telah bercerai. Bagaimanapun, pasangan itu telah meminta nasihat mengenai kes itu daripada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.  Kejadian itu berlaku pada Januari lalu.

“Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya, tetapi dia memberitahu seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada lafaz itu sah atau tidak.

“Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah, kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah,” jelas Abby kepada mahkamah.

Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah, Muhammad Noor Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti, “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

Kata Abby kepada Mahkamah, SMS yang dihantar kira-kira pukul 10.25 pagi itu dibuat oleh defendan selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya ekoran suaminya itu tidak pulang ke rumah.

Katanya, dia menerima SMS berkenaan ketika berada di dalam kereta, namun dia tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas berlaku perselisihan faham yang berlarutan hingga Farhan tidak balik rumah pada malam sebelum melafazkan cerai menerusi mesej.

Muhammad Noor Farhan ketika disoal balas Shaiful Azli mengakui ada menghantar SMS berkenaan dan memang berniat untuk menceraikan isterinya itu.

Sementara itu, Abby ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia reda dengan ketentuan mengenai perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan, namun masih berharap dapat diselesaikan secara baik.

* Sumber: Mstar

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply