Saturday, Jun 23, 2018
HomeKeluargaSuami Ada Wanita Lain, Lakukan 7 Langkah Ini

Suami Ada Wanita Lain, Lakukan 7 Langkah Ini

“12 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri, tak sedetikpun terlintas dalam bayangan saya suatu hari nanti dia akan jatuh cinta lagi. Saya setia kepadanya sepenuh hati, kenapa dia curang di belakang saya?” Rintih Suraya, dengan linangan air mata membasahi pipinya yang kemerah-merahan menahan sebak di dada.

Apabila suami ada hubungan dengan wanita, apakah pilihan ada? Menuntut cerai, pasrah atau merebut kembali sepenuhnya. Ramai wanita generasi kini memilih penyelesaian pertama dan kedua.

Advertisements

Tahukah anda, hampir 82 peratus lelaki yang menceraikan isterinya mempunyai keingian rujuk kembali. Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda merebut kembali hati suami yang beralih kasih kepada wanita lain.

1. Anggap hanya firasat
Jika suami ada hubungan sulit dengan wanita lain, biasanya isteri boleh dilihat perubahan ketara suaminya. Dia kelihatan gelisah apabila berada di rumah dan selalu ada alasan untuk keluar.

Jika perkara ini berlaku, cuba bertenang dan jangan tunjukkan kecurigaan anda. Apabila terlanjur bertanya, segera minta maaf. Cukup jika katakan, “Itu hanyalah firasat saya saja…”

2. Jika suami berterus-terang
Wajar jika anda menangis, tetapi jangan berlarutan. Ini bagi memastikan agar anak tidak terabai dalam kesedihan anda. Apabila suami berterus-terang mahu berkahwin lagi, bertenang dan jangan cepat melenting.

Tanya suami, mengapa dia mahu berkahwin lagi dan apa kekurangan anda dalam menguruskan rumah tangga. Walaupun ketika itu emosi anda tidak stabil, berusahalah untuk bersikap waras dan rasional.

3. Pertahankan keintiman
Anda adalah wanita yang paling dekat dengan suami, jadi tetaplah melayan suami sebaik mungkin. Urus segala keperluannya dan jangan sekali-kali menjauhkan diri daripada suami kerana merajuk, mogok atau sakit hati hanya memburukkan lagi keadaan. Ini membuat suami semakin intim dengan wanita lain.

Suami anda pasti cemburu dan beranggapan anda ingin membalas dendam atas segala perbuatannya. (Gambar sekadar hiasan)

4. Anda tetap memerlukannya
Mungkin semua keperluan rumah tangga mampu diatasi kerana anda mempunyai pendapatan sendiri dan anda biasa menguruskan anak, namun, tunjukkan kepada suami bahawa anda tidak boleh berbuat apa-apa tanpa bantuannya.

Ini membuat suami berasa dia harus bertanggungjawab dan sangat penting serta diperlukan dalam rumah tangga.

5. Buat suami cemburu
Berusahalah tampil lebih segar, cantik dan seksi untuk menarik perhatian suami. Lakukan sama seperti ketika dilamun cinta, malah lebih lagi kerana kini anda isterinya yang sah.

Suami anda pasti cemburu dan beranggapan anda ingin membalas dendam atas segala perbuatannya. Sekali gus tidak mahu melepaskan anda.

6. Ajak bernostalgia
Bagi membangkitkan kembali kenangan manis dan hubungan intim dengan suami, anda tidak perlu mengajaknya pergi bercuti.

Cukuplah dengan menyembur minyak wangi atau memakai pakaian yang disukai suami sewaktu bercinta dulu. Atau ungkapkan kata-kata yang biasa diucapkan ketika awal percintaan kalian.

7. Terus berdoa
Tiada kata ‘tidak mungkin’ atau mustahil, jika anda melakukannya dengan usaha sepenuh hati dan doa. Jangan berhenti berdoa dan yakin bahawa rumah tangga anda masih boleh diselamatkan.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Promosi percutian he
Homemade Seri Kaya

nishaeimann@gmail.com

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja