Suami baran, ini ‘ubatnya’

0

“SUAMI saya panas baran dan suka marah-marah. Selain sukar diajak berbincang, walaupun saya bercakap dengan baik, dia tetap melenting. Sikapnya seolah-olah mencabar kesabaran saya.”

Ya, tidak seperti wanita dikurniai sikap sabar dan kelembutan yang boleh menyejukkan hati. Lelaki lebih cenderung dengan tidak sabar, cepat marah dan berani bertindak dalam setiap keadaan. Justeru, apabila berdepan dengan konflik rumah tangga, ada segelintir lelaki ‘mudah dan cepat’ panas. Apatah lagi jika sengaja diprovikasi pasangannya.

Sebagai isteri, anda perlu bijak menangani sifat baran suami apabila berdepan konflik.
Jika pasangan melakukan sesuatu yang kurang disenang, anda perlu bijak memilih perkataan untuk meluahkan perasaan dan hadapi situasi dengan tenang. Jangan sekali-kali turut terbawa-bawa dengan emosi pasangan.

Paling penting, jangan asak dan menekan perkara sama berkali-kali hingga dia berasa jengkel, tertekan dan akhirnya bertindak di luar kawalan.

Apabila suami naik angin, dekati dia dan belai dengan lembut ketika emosinya mulai naik. Tunjukkan anda memahami keadaannya. Orang yang beremosi jangan dilayan dengan emosi, gunakan pendekatan memujuk dan jangan meninggikan suara.

Gunakan perkataan jelas dan terus sampai kepada maksudnya. Pasangan tidak faham jika anda berkias-kias dan jangan sekali-kali ungkit masalah lampau. Sebaliknya fokus pada konflik yang sedang berlaku.

Pada masa sama, sentiasa berdoa semoga Allah melembutkan hati pasangan dan rumah tangga sentiasa harmoni. Paling penting, anda perlu bersabar. Ketika suami sedang marah-marah, jangan terpancing dengan emosinya. Jangan tinggalkannya dan mengucapkan, “Ceraikan saya!” Kawal emosi anda dan ‘jauhi’ pasangan seketika untuk meredakan ketegangan.

Apabila keadaan kembali tenang,  berbincanglah dengan pasangan mengenai masa depan rumah tangga dan perasaan anda. Beritahu pasangan, sifat barannya membuat anda serta anak tersinggung dan semakin jauh.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply