‘Sukan bogel’ menjijikkan!

0
GELAGAT sekumpulan lelaki dan wanita yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’.

Gelagat sekumpulan lelaki dan wanita yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’.

GEORGETOWN: Memualkan. Itu gambaran paling tepat buat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan wanita yang tergamak berbogel sebelum merakamkan aksi mereka yang kononnya menyertai acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 di Teluk Bahang, di sini.

Rakaman terbabit dipercayai dilakukan Jun lalu dan menjadi perbualan hangat apabila ia dimuat naik ke laman sosial, semalam menerusi beberapa versi video berdurasi 12 minit, 5 minit 56 saat dan 1 minit 56 saat yang memaparkan aktiviti golongan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’ itu.

Dalam video berkenaan, ada kira-kira 18 individu membabitkan lelaki dan wanita yang berusia antara 30 dan 50-an dilihat berbogel sambil menjalankan aktiviti sukan di kawasan Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti dijalankan mereka dalam keadaan berbogel antaranya ‘Nude Body Painting’, ‘Crabs Walking’, ‘Swim Over Bodies’, ‘Running Relay’, ‘Camp Fire and Kettle Bell Competition’ dan ‘Durian Dancing’.

Pada peringkat awal, video tersebut menyiarkan individu terbabit melukis di badan masing-masing termasuk perkataan ‘Go Green’ dan ‘Go Nature’ yang menjadi antara slogan kempen kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mereka yang tidak segan silu kelihatan teruja dan terhibur apabila melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangan di tepi pantai.

Difahamkan, program sukan bogel itu dianjurkan seorang wanita bernama Madam Chew Tok Hwa lingkungan 50-an dan dalam video berdurasi 12 minit, dia dilihat memberi ucapan kepada peserta ketika berada di Thailand, iaitu selepas program diadakan di Pulau Pinang.- myMetro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply