Thursday, Jun 21, 2018
HomeMuzik/KonsertSukar dapat penaja, Siti Nurhaliza batal konsert 8 hari

Sukar dapat penaja, Siti Nurhaliza batal konsert 8 hari

“Saya terpaksa menangguhkan konsert Bio Muzikal kerana beberapa halangan terutama dari segi kewangan.Perancangan itu saya gantikan dengan konsert Satu Suara Volume 2 sebagai ‘plan b‘ yang berlangsung dua hari sahaja berbanding konsert bio muzikal yang dirancang lapan hari,” kata ketika Siti ditemui pada sidang media Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Isnin. Hadir sama, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Advertisements

Penyanyi tersohor negara ini juga mengakui penangguhan konsert besarnya itu mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya percaya, ada hikmah kenapa ini berlaku. Saya faham keadaan ekonomi sekarang agak sukar untuk mendapat tajaan, bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini, penganjur lain turut berhadapan masalah sama.”

Konsert Satu Suara Volume 2 yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 7 dan 8 November 2015 akan menampilkan persembahan istimewa penyanyi popular, Datuk Ramli Sarip dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang. Terdahulu, konsert Satu Suara Volume 1 diadakan lima tahun lalu menampilkan Aizat dan Faizal Tahir.

Menurut Siti, pemilihan dua artis legenda itu berdasarkan pengaruh dan pengalaman mereka dalam industri seni.

“Ini gandingan pertama kali dan menjadi tarikan utama kerana kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri terutama daripada segi vokal dan mampu menyampaikan lagu pelbagai genre muzik, selain peminat sendiri.

Menerusi Konsert berdurasi dua jam itu, Siti bakal mempersembahkan nyanyian lagu secara solo, berduet dan juga trio. Jualan tiket konsert ini akan bermula Jumaat ini dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.AirAsiaRedtix.com pada harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518.

comments

FOLLOW US ON:
Wings janji bersama
Vaseline Bantu Kulit

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja