Sultan Nazrin naik takhta

0
Pengisytiharan diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, tepat jam 3.10 petang semalam.

Pengisytiharan diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, tepat jam 3.10 petang semalam.

KUALA KANGSAR: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak Ke-35 bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Shah, yang mangkat tengah hari kelmarin.

Pengisytiharan diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, tepat jam 3.10 petang semalam.

Dalam pengisytiharan itu, Zahidi berkata, keputusan dibuat dengan pilihan dan persetujuan Dewan Negara Perak yang bersidang kelmarin, selaras Perkara 6 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua.

“Dengan ini diisytiharkan Sultan Nazrin Shah sebagai pengganti Sultan Perak dan segala jajahan takluknya dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah,” katanya.

Memerintah dengan adil Sultan Nazrin kemudian mengangkat sumpah dengan bertitah mengaku memerintah Perak dan segala jajahan takluknya dengan adil mengikut hukum Allah.

Selepas itu, baginda menandatangani pengisytiharan sebagai Sultan Perak yang baharu diikuti teriakan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali.

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat agar Perak terus sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan baginda.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, kemudian melutut di depan keranda ayahandanya lalu mengucupnya buat kali terakhir sebelum meletakkan tangan kanan atas keranda sebagai isyarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja. Bedilan bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.- BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply