Saturday, Oct 20, 2018
HomeBeritaSultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini selepas memerintah negeri ini selama 30 tahun.

Advertisements

Sultan Azlan yang dilahirkan di Batu Gajah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah meninggal dunia dua tahun lepas.

Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. – Utusan Online

comments

FOLLOW US ON:
Diratah 38 orang
Abby Abadi Dapat Cer

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja