Sup Ayam Pedas Masam

0
Gambar Sup Ayam Pedas Masam daripada Instagram/Danish.Harraz

Gambar Sup Ayam Pedas Masam daripada Instagram/Danish.Harraz

ADA rasa nak ‘menggelupur’ tak apabila melihat kanak-kanak berusia tujuh tahun cekap memasak? Seawal lima tahun, Danish Harraz Abd. Hafiz, 7, sudah betah di dapur. Pelbagai menu telah dimasak penuh keterujaan dan kegembiraan.

“Saya suka memasak, cukup seronok apabila berada di ‘dapur merah’ Mama. Mama tak marah walaupun saya buat dapurnya bersepah-sepah, selalu beri saya peluang mencuba pelbagai jenis resipi yang saya tonton dalam Youtube. Hey…Selain memasak, saya suka membaca berbagai jenis buku terutama sains. Saya mahu jadi saintis yang pandai memasak, ” Begitu kata Danish yang cukup fasih dan petah berbahasa Inggeris.

Lebih menarik, kanak-kanak comel ini juga mahir bermain Ukulele sambil mendendangkan lagu rakyat seperti Rasa sayang dan Can Mali Can pada waktu senggangnya. Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Danish.Harraz, pelajar tahun satu ini berkongsi pelbagai resipi ringkas dan menarik untuk dicuba bersama pengikutnya. Salah satu daripadanya, resipi Sup Ayam Pedas Masam.

Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil
  • 7-8 biji cili api diketuk
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, ditumbuk
  • 2 ubi biji kentang, dipotong enam
  • 1 sudu kecil rempah sup/sup bunjut
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 3 biji limau nipis, diambil jusnya (atau jus lemon)
  • 1 batang lobak merah, dipotong serong
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun sup

Bahan dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih, dikisar bersama halia

Cara membuatnya:

  1. Di dalam periuk, masukkan ayam, bahan kisar, cili api, lada hitam, ubi kentang dan lobak merah serta air. Masak sehingga ayam dan sayur empuk.
  2. Bubuh garam dan jus limau/lemon secukup rasa.
  3. Akhir sekali, taburkan daun sup dan hidangkan panas-panas bersama telur dadar dengan hirisan kacang buncis dan bawang besar.

 

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasiemagazineonline atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply