Tahniah Aeril Dan Wawa Zainal

0

Tahniah buat pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan isterinya, aktres cantik Wawa Zainal yang selamat menimang cahaya mata kedua pada jam 11.04 malam 18 Ogos 2015. Bayi yang belum diberikan nama itu lahir dengan berat 2.84 kilogram. Berita gembira ini dikongsikan Wawa sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos 2013. Aeril dan Wawa pernah mencetuskan kontroversi pada Oktober 2013 apabila mendedahkan mereka telah bernikah dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan kali kedua, 4 Februari 2013.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply