Tahniah Memey-Norman

0
Memey kongsi berita gembira di akaun Instagramnya.

Memey kongsi berita gembira di akaun Instagramnya.

Agaknya ramai yang dah tahu kot ye berita ni. Maklumlah, zaman gajet 24 jam kat tangan ‘kan. Tak kisahlah, Miss Pink nak cerita jugak! Ni pasal berita gembira yang dikongsi pelakon manis dan comel, Memey Suhaiza. Baru-baru ni, Memey kongsikan berita kehamilan keduanya dalam akaun Instagram.

Tulis isteri kepada Norman Hakim ni pada kapsyen gambar imbasan kandungan yang dimuat naik dalam Instagramnya, “Doktor cakap sy mengandung 6 minggu. Rezeki tak ternilai daripada Allah, Hadiah untuk suami tercinta, adik untuk Awishz, Cucu baru untuk mak dan abah, mak dan ayah mertua. Syukur ya Allah…”

Nampaknya, Memey betul-betul gembira dengan nak dapat baby kedua. Siapa yang tak suka nak dapat anak ‘kan, peminat Memey dan Norman pun tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan pasangan ni. Miss Pink pun seronok jugak tengok orang bahagia. Hidup kita ni sementara saja, buat apa nak benci-membenci ye tak. oklah…buat Memey sekeluarga, selamat menimang cahaya mata kedua.

Miss Pink: Doakan juga kebahagiaan untuk Abby Abadi.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply