Tahniah Nora – Fasha

0
Seronok Miss Pink tengok perkembangan hubungan dua selebriti cantik ni. Lebih sweet lagi, Nora turut repost gambar sama di akaun Instagram miliknya.

Seronok Miss Pink tengok perkembangan hubungan dua selebriti cantik ni. Lebih sweet lagi, Nora turut repost gambar sama di akaun Instagram miliknya. Gambar ini dirakam sewaktu majlis doa selamat untuk Putra Rayqal Ramli (anak Nora) yang ke-6 baru-baru ini.

“BIAR masa merawat luka.” Begitu kata pepatah orang Melayu menyentuh soal kekecewaan, sama ada membabitkan cinta, kehilangan atau apa-apa sahaja perasaan yang menyebabkan seseorang itu patah hati dan hanya masa mampu merawatnya.

Sama seperti diari kehidupan dua selebriti tersohor negara ini yang mana suatu ketika dulu panas dengan ‘krisis’ membabitkan kisah peribadi mereka.

Kini, seiring waktu semuanya kembali membaik. Baik Fasha Sandha mahupun Nora Danish, mereka sama-sama telah move on daripada kisah lampau. Jalinan kemesraan mereka menjadi bualan ramai, maklum balasnya juga positif. Sama ada peminat setia Nora mahupun Fasha, saling gembira melihat kedekatan hubungan ‘baru’ mereka.

Ini satu perkembangan yang cukup memberangsangkan, bukan sahaja kepada industri seni tanahair malah dari segi moral. Paling tidak, dua selebriti jelita ini berjaya membuktikan kekecewaan masa lalu boleh diubati sekiranya masing-masing saling bertolak-ansur. Merendahkan ego demi kebaikan bersama. Manfaatnya, kasih sayang melebar ke mana-mana. Auranya juga luar biasa buat masyarakat yang melihat.

Peminat juga perlu move on, jangan lagi mengorek luka dan duka lama. Jika mereka yang menghadapinya sudah mampu saling menerima dan memaafkan, kenapa tidak peminat menyokong usaha baik itu? Mereka dewasa dengan pengalaman masa lalu, justeru peminat juga harus bersikap lebih matang dan diplomasi  apabila memberi komen serta pandangan membabitkan hal peribadi.

Sekadar pandangan peribadi Miss Pink sebagai pengamal media yang melihat perjalanan hidup golongan artis dan selebriti daripada pelbagai sudut. Anda berhak untuk setuju atau tidak setuju dengan pendapat ini. Buat Nora dan Fasha, semoga hubungan baik kalian menjadi inspirasi kepada masyarakat yang meminati anda berdua.

 

Miss Pink: Macam mana ayat-ayat ‘skema’ Miss Pink, menjadi tak? Serius, tegang sel-sel otak Miss Pink waktu menaip artikel ni, hehehe!

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply