Tampil menggoda dengan ‘cat eye’

0

Cat-Eye-Makup

MAHU tampil cantik untuk acara makan malam? Agar penampilan anda kelihatan berbeza, cuba cantikkan bahagian mata anda. Gunakan eyeliner cair untuk merias mata dengan bentuk cat eye. Riasan ini akan membuat mata anda lebih flirty dan lebih kecil.

Bagi  mendapatkan riasan mata sempurna, mata perlu dibentuk seperti almond. Bingkai bahagian kelopak mata atas dan bawah untuk menghasilkan penampilan mata almond yang sempurna.

Mulakan dengan menggaris dari pangkal mata (dekat hidung) ke bahagian ujung. Di bahagian hujungnya, panjangkan sedikit garis bingkai ini ke arah telinga atas.

Selepas itu, bingkai bahagian bawah mata. Mulakan dari arah sebaliknya. Sambungkan dari hujung perpanjangan eyeliner kelopak mata atas, kemudian tarik garis menuju ke pangkal mata. Tepatnya di waterline (jalur air mata) agar mata terlihat lebih semula jadi.

Pastikan garisnya tidak sama besar. Garis eyeliner bawah yang mendekati pangkal mata maka harus semakin tipis dan menghilang. Ini penting khususnya jika anda berkacamata.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply