Tarikan ‘khemah asmara’

0

PUCHONG: Khemah asmara. Itu daya penarik terbaru disediakan sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong, di sini, kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan khidmat urutan batin dan seks.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang Rabu lalu, pintu besi rumah urut terbabit terpaksa dipecahkan berikutan ia dibuka kepada pelanggan bermula jam 4 petang.

Difahamkan, setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM100 hingga RM150.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, serbuan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang itu diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ Shamsul Syahrizal bersama 19 anggota.

Difahamkan, setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM100 hingga RM150.

“Ketika serbuan, rumah urut ini masih belum dibuka menyebabkan tiada tangkapan dilakukan. Malah, premis ini turut menggunakan pintu besi sehingga menyukarkan pihak kami masuk.- Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply