Tatap wajah pasangan ketika klimaks

0
Ekspresi muka kebanyakan pasangan suami isteri ketika mencapai kemuncak ghairah seks tidaklah seperti yang digambarkan dalam filem romantis. Gambar hiasan.

Ekspresi muka kebanyakan pasangan suami isteri ketika mencapai kemuncak ghairah seks tidaklah seperti yang digambarkan dalam filem romantis. Gambar hiasan.

WAJAH orang yang menikmati kemuncak ghairah seksnya (klimaks) memang tidak menarik dan tidak dapat dikawal. Bagaimanapun, hubungan seks tidak memerlukan wajah yang cantik dan bertata rias.

Menurut penulis buku, The Sex Doctor dan The Sex Inspector, Tracey Cox, berkata, ekspresi muka kebanyakan pasangan suami isteri ketika mencapai kemuncak ghairah seks tidaklah seperti yang digambarkan dalam filem romantis.

“Wajah mereka merah, berpeluh dan berkerut. Ya, pendek kata, ekspresinya tidak menarik. Mulut lelaki sering kali terbuka sambil sedikit meraung, selain ada desahan pelik dan tidak jelas apa yang diucapkan.

Seks berkaitan dengan nafsu yang menghasilkan emosi bercampur-baur terutama saat menikmati puncak syahwat. Jadi, tiada siapa peduli rupa mereka ketika itu. Paling penting, kepuasan yang dinikmati bersama.

Sementara perunding perkahwinan dan keluarga juga penulis buku Passionate Marriage, David M Schnarch, menyarankan pasangan suami isteri membuka mata mereka ketika mencapai kemuncak ghairan seks kerana cara ini membuat hubungan lebih intim.

Tidak dinafikan, ada segelintirnya menutup mata ketika mencapai klimaks kerana rasa rendah diri dan malu dengan ekspresi wajah yang tidak dapat dikawal. Bagaimana cara mengatasinya? Biasakan diri membuka mata dan menikmati momen paling erotik itu. Kecuali, anda menyembunyikan sesuatu. Anda hanya berpura-pura klimaks!

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply