Taufik Latif meninggal dunia malam tadi

0

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal era 70-an dan 80-an, Taufik Latif, 69 meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 11.30 malam tadi akibat serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Perkara itu dimaklumkan adiknya, Roziah Latif ketika dihubungi BH Online di sini, sebentar tadi.

Roziah berkata, sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Ahad lalu selepas mengalami serangan jantung di rumah anaknya, Dr Ariff Sukimi Latif di Subang Jaya.

“Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikapankan di PPUM sebelum dibawa pulang ke rumah emaknya di Sentul pada jam 10.30 pagi ini.

“Allahyarham akan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda sebelum solat Jumaat,” katanya.

Allahyarham Taufik Latif meninggalkan dua anak, Dr Ariff Sukimi dan Anisah.- BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply