Tayangan perdana ‘Descendants’ di saluran Disney

0

Descendants_05-GBercakap mengenai filem Disney dan watak-wataknya, pasti tidak terlepas daripada dua kelompok besar. Putera, puteri dan penyihir jahat yang mempunyai segudang mantera.

Ada Cinderella, Sleeping Beauty, Belle dalam ‘Beauty and the Beast‘ serta perempuan sihir. Di sisi lain, Maleficent, Evil Queen dan lainnya juga tidak kalah hebatnya untuk ditonton seisi keluarga.

Pernahkah anda terfikir, apakah mereka memiliki putera dan puteri? Jika iya, maka bagaimana kehidupan anak Cinderella? Atau bagaimana jahatnya anak Maleficent?

Kehidupan anak-anak itulah yang digambarkan dalam filem terbaru dari Disney, ‘Descendants’. Menceritakan dongeng moden dan semua orang hidup aman damai di kingdom of Auradon, manakala golongan villains dan kaum kerabat mereka dicampak di sebuah pulau terpencil yang tiada hubungan dengan dunia luar serta dilindungi kuasa ajaib bagi menghalang sesiapa keluar masuk dari pulau tu.

Kisahnya, sepanjang hidup Mal, Evie, Carlos dan Jay, mereka telah diajar ibu bapa mereka menjadi orang jahat – sama seperti mereka. Satu hari, sebelum Prince Ben menaiki takhta untuk menjadi king of Auradon, dia menyatakan hasrat kepada ibu bapanya King Beast dan Queen Belle, untuk membawa empat orang remaja terpilih dari pulau terbuang itu, untuk diberi peluang kedua sekali gus hidup di Auradon.

Mal dan kawannya terpilih untuk ke Auradon kerana Prince Ben yakin mereka berempat tidak jahat seperti ibu bapa mereka. Walaupun keputusan Putera Ben ditentang King Beast, tetapi Queen Belle berjaya memujuk agar King Beast memberi peluang kepada Prince Ben.

Di sisi lain pula, bagi Maleficient peluang ke Auradon dilihat sebagai satu kesempatan untuk menyuruh Mal dan rakan rakannya mencuri tongkat sakti (magic wand) kepunyaan Fairy Godmother yang kini dipamerkan di muzium Auradon, dengan tongkat sakti itu dapat membebaskan mereka semua dari Isle of Lost.

Petualangan Mal, Evie, Carlos dan Jay pun bermula. Walaupun sukar untuk mereka sesuaikan diri dengan keadaan di Auradon, namun berbagai cara dilakukan untuk memenuhi hasrat orang tua mereka. Ternyata, petualangan itu sebaliknya membawa babak baru bagi kehidupan peribadi mereka. Misalnya, walaupun ikhlas mencintai Prince Ben, tetapi demi misinya untuk mencuri magic wand, Mal sanggup mengunakan love potion ke atas Prince Ben supaya mendekati tongkat sakti itu.

Cerita putera dan puteri moden berkonsep muzikal seperti High School Musical (berkonsep Electronic Dance Music (EDM)) ini dibintangi watak utamanya, Cameron Boyce anak kepada  Cruella de Vil dan Mitchel Hope, anak kepada King Beast dan Queen Belle.

Descendants_24-cover

Terlaksanakah rancangan jahat Maleficient, Cruella de Vil, Jafar dan the Evil Queen ini ? Ingin, tahu kisah mereka dalam ‘Descendants’, pastikan anda tidak ketinggalan menontonnya Ahad ini, 13 September 2015 jam 11 pagi di Disney Channel (Astro saluran 615).

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply