Teknologi rawatan laser termaju di Ko Skin Specialist

0
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanahair termasuk Idris Khan, Erma Fatima, Amanda Chaang, Yasmin Hani, Tengku Putri Najuwa.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanahair termasuk Idris Khan, Erma Fatima, Amanda Chaang, Yasmin Hani, Tengku Putri Najuwa.

Pusat rawatan estetik dan laser yang terkemuka di Asia, Ko Skin Specialist, baru-baru ini memperkenalkan sekali gus melancarkan teknologi penemuan terkini dalam rawatan laser dermatologi di Malaysia.

PicoWay® adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jagat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser ini memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan kulit.

Ko Skin Specialist ialah pusat laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menawarkan teknologi laser PicoWay®. Teknologi ini menjadi alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay® menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.

“Kami berasa ada keperluan untuk membawa PicoWay® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang agak gelap. Adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan,

“PicoWay® ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  Ko Skin Specialist, Dato’ Dr Ko Chung Beng.

poway2PicoWay® adalah teknologi laser proprietari milik syarikat alatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela; diedar di Malaysia oleh Beaumedic di bawah jagaan Pengurus Besarnya, Lau Chang Yaw.

“Kami gembira bekerjasama dengan Ko Skin Specialist untuk memperkenalkan PicoWay® di Malaysia. Mereka mempunyai rekod prestasi dengan professional perubatan yang terbaik dalam pasukan mereka. Kami yakin doktor mereka akan memberi pesakit rawatan dan hasil terbaik menggunakan PicoWay®,” kata Pegawai Eksekutif  PicoWay®, Robert Ruck.

Mesin laser bernilai jutaan dolar ini telah dilancarkan di Hotel Aloft Kuala Lumpur, oleh Dr. Ko sendiri. Majlis yang diacarakan penyanyi terkenal, Atilia Haron, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanahair termasuk  Idris Khan,  Erma Fatima, Amanda Chaang, Yasmin Hani, Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi.

Maklumat lanjut mengenai PicoWay®, layari www.koskinspecialist.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply