This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Tersepit dihempap van

0

KUALA LUMPUR: Hanya enam minit. Itu bukti kecekapan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, di sini, apabila dalam tempoh singkat dapat menyelamatkan seorang pemuda berusia awal 20-an yang dihempap van syarikat tempat kerjanya ketika lelaki itu sedang meniarap di bawah kenderaan itu untuk membaiki kerosakan ketika kejadian di Jalan Nyaman 3, Taman Bukit Indah, di sini, Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang badan akibat dihempap van terbabit dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, dilaporkan stabil.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 1 petang.

“Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh bersama lima anggota termasuk seorang pegawai diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulkifly Ramli dibantu tiga unit bermotosikal segera ke lokasi sebelum tiba 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, bomba mengambil masa hanya dalam tempoh enam minit untuk mengeluarkan mangsa dengan bantuan alat khas iaitu beg udara untuk meninggikan van itu dan menarik mangsa perlahan-lahan ke atas pengusung sebelum ambulan membawanya ke PPUM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan kejadian berlaku apabila alat penginjak hidrolik dan batu yang digunakan oleh pemuda itu untuk meninggikan van terbabit bagi membolehkannya meniarap untuk melihat kerosakan, terlepas dan menyebabkan van itu menghempap mangsa,” katanya. – Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply