The Coffee Bean & Tea Leaf derma RM40,000

0
Dari kiri: Mr Mohammad Amar Shah, Pengarah Operasi, CB&TL; YBhg Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan Dr Benjamin Cheah, Presiden Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia, dengan cek contoh bernilai RM40,000 sumbangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia.

Dari kiri: Mr Mohammad Amar Shah, Pengarah Operasi, CB&TL; YBhg Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan Dr Benjamin Cheah, Presiden Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia, menyerahkan cek bernilai RM40,000 sumbangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia.

The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) terus memberikan sokongan padu kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 bersempena dengan Majlis Makan Malam Amal Ulangtahun ke-20 persatuan itu baru-baru ini.

Kutipan amal ini adalah sebahagian daripada inisiatif Caring CupCB&TL, diperoleh daripada hasil jualan campuranteh eksklusif lemon myrtle, bunga malva dan tea blossoms dengan perisa raspberry. Diberi nama Blue Tiger Tea, campuran edisi terhad ini direka khas pakar teh CB&TL, David de Candia.

Diinspirasikan daripada pengalaman anak beliau yang menghidapi lupus dan cabaranyang dihadapi oleh keluarganya serta pihak lain, de Candia juga menghasilkan buku cerita kanak-kanak bertajuk ‘Master Davey and the Magic Tea House’ yang dijual di cawangan CB&TL bersama dengan penanda buku Blue Tiger Tea dan penanda hadiah Krismas di penghujung tahun 2014.

Pengarah Pemasaran dan Pembangunan di Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Fiona Rodrigues, berkata, impak yang diperoleh melalui usaha bersama ini telah mencetuskan inspirasi dan berharap dapat meneruskan kerjasama seumpama ini bagi menyumbang semula kepada masyarakat.”

“Kami berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kepada PSLEM bagi membantu penyelidikan dan kesedaran tentang penyakit ini. Melalui pengalaman Pakar Teh David de Candia dengan penyakit lupus, CB&TL telah menjadikan kerja amal ini sebagai sebahagian daripada usaha CSR kami,namun pujian harus diberikan kepada pelanggan-pelanggan tetap kami yang menyokong usaha ini sepenuh hati,” ujar Fiona Rodrigues.

Penyelidikan dan kesedaran
Ditubuhkan pada tahun 1994, Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia diterajui pesakit dan doktor untuk menggalakkan penyelidikan, kesedaran dan pendidikan di samping menyalurkan bantuan kepada penghidap penyakit lupus dan ahli keluarga mereka.

“Kami sangat berterima kasih dengan sumbangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®. Menerusi  sumbangan ini kami boleh terus meningkatkan kesedaran di samping dapat membantu ahli-ahli kami. Kami berterima kasih khususnya kepada Pakar Teh David de Candia yang memberikan sentuhan peribadinya, dan kami berharap dapat bekerjasama lagi di masa hadapan,” kata Presiden Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia, Dr Benjamin Cheah.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindak balas kepada tisu seseorang, dan ia selalunya dihidapi oleh kaum wanita. Di Malaysia, dianggarkan 10,000 individu telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun lalu namun Persatuan ini percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, dengan banyak individu yang masih tidak didiagnosis. Persatuan ini bergantung kepada sumbangan orang ramai dan sokongan korporat, seperti inisiatif Blue Tiger Tea CB&TL, untuk menjayakan aktiviti mereka.

Dapatkan maklumat terkini mengenai berita dan promosi CB&TL melalui laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web mereka www.coffeebean.com.my bagi mengetahui pengumuman lawatan pada akhir tahun Pakar Teh de Candia ke Kuala Lumpur, untuk berkongsi pengetahuan serta kepakarannya bersama pencinta teh di Malaysia.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply