Tiga ‘chef rumah’ berentap dalam Masterchef Asia

0
Ada banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan oleh barisan tukang masak amatur ini dan juga detik-detik yang cukup mencemaskan.

Ada banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan oleh barisan tukang masak amatur ini dan detik yang cukup mencemaskan.

Bermula 3 September 2015, rancangan pertandingan masakan, Masterchef Asia akan ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Menerusi pertandingan ini, tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu bakat dan nasib mereka dalam edisi sulung pentas MasterChef Asia.

Lebih menarik, mereka bukan hanya bertanding untuk diri sendiri, malah turut mewakili negara masing-masing dalam usaha merebut gelaran utama MasterChef Asia. Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli dari Malaysia bakal bersaing dengan ‘chef rumah’ lain dari negara Cina, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam untuk mendapatkan gelaran utama adalah

Pemenang MasterChef Asia pertama akan menerima buku masakan sendiri, hadiah wang tunai USD$50,000, pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000, perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.

MasterChef Asia Musim Pertama ini dipersembahkan Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Kepada peminat setia rancangan masakan, jangan ketingalan mengikuti siri ini yang akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.

Sophia Zulkifli, Jasbir Kaur dan Marcus-Low.

Sophia Zulkifli, Jasbir Kaur dan Marcus-Low.

Info ‘chef rumah’ dari Malaysia;- Jasbir (54)adalah peserta paling matang dalam pertandingan ini. Dia mula berjinak-jinak dalam bidang memasak apabila menetap di Sarawak, selepas berkahwin. Seorang suri rumah, ibu kepada tiga orang anak ini berhasrat untuk menyampaikan kemahiran kulinari masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda.

Pada masa sama, dia berharap mendapat pentauliahan profesional untuk kemahiran memasaknya dan membuktikan bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat.

Marcus (24), pengurus bank ini mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal, serta hidangan moden dan molekular selain mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan.

Mampu bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan, dia yakin persaingan sengit dalam MasterChef Asia akan memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan memberi peluang untuk memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.

Sophia (30),suri rumah dan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun ini memasak setiap hari dan sering menyediakan hidangan untuk keluarga serta rakannya. Besar harapanya agar suatu hari nanti, dia dapat membabitkan diri dalam dunia kulinari sebagai chef, katerer atau pengkritik makanan. Minatnya yang meluas dalam industri makanan menunjukkan kecintaannya pada makanan dan memberi inspirasi untuk menyertai pertandingan MasterChef Asia.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply