Tiga Malam Eksklusif dalam ‘The Blue Jeans Concert’

0
BlueJeans

Setiap kumpulan diberi penghormatan untuk membuat persembahan eksklusif dua jam dengan rangkaian lagu-lagu hit mereka tanpa perlu berkongsi pentas dengan kumpulan lain.

Buat julung kalinya, tiga kumpulan lagenda tanahair, Blues Gang, May dan Exist ,mewakili semangat zaman dan irama mereka dalam persembahan istimewa bagi meraikan semula kembara yang dilalui dari generasi ke generasi, zaman permulaan, kemuncak seterusnya  perjuangan mereka hingga kini.

Berkonsepkan satu malam sebuah kumpulan, tiga kumpulan popular ini bakal digabungkan dalam The Blue Jeans Concert. Setiap kumpulan diberi penghormatan untuk membuat persembahan eksklusif dua jam dengan rangkaian lagu-lagu hit mereka tanpa perlu berkongsi pentas dengan kumpulan lain.

Blues Gang, May dan Exist, masing-masing bakal menjayakan konsert istimewa yang berlangsung tiga malam berturut-turut di Istana Budaya pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2015.

BlueJeans2Konsert yang diterbitkan Bombbay Worldwide ini menampilkan Zambre Shaari atau Bombay selaku pengarah konsert. Menurut Zambre yang juga Pengarah Urusan Bombbay Worldwide, tiga kumpulan legenda ini dipilih bagi menggamit memori zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu.

“Pencinta muzik tanahair pastinya sangat menghargai kehadiran mereka yang telah berjaya mencorakkan industri muzik tanahair, sekali gus mencipta sejarah tersendiri. Walaupun sudah lama dalam industri, ternyata muzik serta semangat mereka masih relevan dan mampu menarik peminat untuk datang menonton.

Jadi, menerusi The Blue Jeans Concert ini, kita ‘hadiahkan’ malam istimewa dan eksklusif buat peminat untuk bersama-sama mengimbau kembali nostalgia berharga yang pastinya memberi kepuasan maksimum kepada peminat masing-masing.

Blues Gang, May mahu pun Exist mempunyai aura tersendiri dan golongan peminat dari segenap era. Jadi, pastinya tidak adil jika tiga kumpulan disatukan dalam sebuah konsert sama kerana akan menghadkan persembahan kerana mereka mempunyai banyak lagu hit yang menjadi kegemaran peminat.

“Konsep satu malam satu band ini adil dan wajar peminat untuk melihat persembahan kumpulan pilihan mereka itu. Kami berharap, konsert ini akan memberi kepuasan kepada penonton pada tiga malam itu nanti,” kata Zambre ketika ditemui pada sidang media konsert itu, Selasa, di Istana Budaya.

Tiket untuk menonton konsert berkenaan telah mula dijual pada 8 September 2015 pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41478600 dan 03-41478600 dan 019-2111600.

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply