Tiga Ribu Pengunjung Serbu Pembukaan IKEA Cheras

0
Dianggarkan lebih 3,000 pengunjung menyerbu IKEA Cheras pada hari ini, malah ada antaranya menunggu seawal 6.30 pagi.

Dianggarkan lebih 3,000 pengunjung menyerbu IKEA Cheras pada hari ini, malah ada antaranya menunggu seawal 6.30 pagi.

Sambutan cukup meriah bersempena majlis pembukaan cawangan kedua IKEA Malaysia di Jalan Cochrane, Cheras pagi ini. Dianggarkan lebih 3,000 pengunjung menyerbu IKEA Cheras pada hari ini, malah ada antaranya menunggu seawal 6.30 pagi.

Duta Sweden ke Malaysia, Bengt G Carlsson, merasmikan gedung IKEA terbesar di Malaysia ini yang merangkami ruang beli-belah seluas 42,000 meter persegi.

Mula dibuka pada 9.30 pagi hingga 10 malam, IKEA menyasarkan 30,000 pengunjung sepanjang hari ini.

Pengarah Urusan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Christian Rojkjaer, berkata, IKEA Cheras 20 peratus lebih besar daripada IKEA Damansara dan menonjolkan 56 ruang pameran dan menawarkan lebih 8,500 produk yang bersesuaian dengan kediaman Malaysia.

“Bagi memberi lebih keselesaan, gedung ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menampung 780 tempat duduk di restoran dan lebih 1,700 tempat letak kereta pada satu-satu masa.

“Jadi, lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman unik dan konsisten di gedung IKEA,” kata Christian  di majlis perasmian IKEA Cheras, Kuala Lumpur, pagi ini.

Sepanjang minggu pembukaannya, IKEA Cheras menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga termasuk kemunculan khas patung panda, lukisan muka, persembahan badut, belon percuma dan pelbagai lagi.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply