Tip ceriakan ruang kediaman

0
Pemilihan warna yang jarang digunakan menyuntik kesan kelainan tersendiri. Gambar hiasan.

Pemilihan warna yang jarang digunakan menyuntik kesan kelainan tersendiri. Gambar hiasan.

WARNA yang melatari ruang, mahupun aksesori yang menceriakan suasana mampu membangkitkan keharmonian kediaman. Justeru, penataan dan pemilihannya harus seimbang serta memberi kesan menenangkan kepada penghuni. Berikut tip menceriakan ruang kediaman.

  1. Bagi memberikan kesan unik dan berbeza, pilih warna yang jarang digunakan di ruang tamu, seperti merah jambu lembu, hijau limau atau kuning pekat.
  2. Jika anda kreatif atau ada bajet lebih bolehlah upah pelukis mural pada dinding tumpu kediaman anda. Gunakan warna primer untuk mencipta hiasan dalaman yang berbeza. Scones berwarna dan hamparan ceria antara idea yang boleh digunakan.
  3. Aksesori seperti lukisan atau jam dindingĀ  juga boleh diletakkan di dalam bilik air dan dapur. Pilih aksesori unik dan berwarna yang mampu memukau siapa sahaja.
  4. Ciptakan kelainan dengan menambah garisan belang pada warna dinding, kesannya pasti berbeza daripada satu warna biasa. Gunakan kombinasi warna ceria dan serasi.
  5. Suntikan rona terang dan segar di ruang dapur anda pasti membangkitkan selera sekali gus menceriakan suasana kerja memasak. Boleh pilih merah, kuning atau oren untuk mencipta kelainan.
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply