Sunday, Jun 24, 2018
HomeSeni DekoTip Mengecat

Tip Mengecat

Gambar hiasan

 

MENGECAT memerlukan teknik dan langkah yang betul bagi mendapatkan impak berkesan. Bagi mendapatkan hasil sempurna, langkah berikut ini perlu di ambil kira jika mahu hasil cat yang baik:
• Pastikan permukaan ruang dibersihkan terlebih dulu. Kebiasaannya akan ada masalah dinding berkapur, ada sisa cat yang tertinggal atau merekah. Anda boleh gunakan sudip untuk membuang sisa cat yang terlekat atau gunakan kain pengelap yang dibasahkan dengan sedikit air untuk membuang habuk yang melekat di dinding. Selepas permukaan dinding dibersihkan, kerja mengecat boleh dlakukan.
• Pilih peralatan mengecat berkualiti jika mahu hasil yang baik. Berus atau penggelek cat perlu berkualiti. Pastikan bulu berus cat tidak mudah tercabut kerana ini akan mengganggu kerja mengecat dan menghasilkan cat yang tidak rata.
• Berus dan penggelek cat baik biasanya boleh dibasuh dan digunakan semula. Basuh menggunakan air atau minyak (mengikut jenis cat yang digunakan). Berus dan penggelek cat yang baik biasanya menggunakan bahan yang lembut.
• Baca label pada tin sebelum memilih cat. Ada beberapa jenis cat mengikut kandungan dan kesesuaian serta material yang digunakan. Jangan gunakan cat untuk besi pada permukaan berasaskan kayu, begitu juga sebaliknya.

Advertisements

Gambar hiasan

• Cara mengecat;
1. Siling – Cat bahagian siling dulu untuki mengelakkan cat menitis terus ke atas permukaan lantai dan dinding.
2. Dinding – Cat sempadan dulu seterusnya menghala ke bawah. Mulakan dengan mengecat tingkap di hujung bilik dan jauh dari sumber cahaya untuk memudahkan anda melihat bahagian kawasan yang sudah selesai dicat.
3. Tingkap dan pintu – Sebelum mula mengecat, lindungi bahagian yang tidak perlu dicat seperti engsel, tombol, selak dan lain-lain. Bagi tingkap, cat bahagian rangka dalamnya dulu diikuti bingkai serta rangka lain. Sementara untuk pintu, cat mana-mana acuan dulu sebelum panel, segmen melintang dan menegak manakala tubir pintu dicat akhir sekali.
4. Lantai – dicat selepas dinding dan bahagian lain kering sepenuhnya. Pastikan lantai dibersih terlebih dulu kerana habuk dan butir pasir membuat cat kelihatan menggerutu dan tidak rata.

comments

FOLLOW US ON:
Opps...Jangan tua se
Yazid inspirasi kons

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja