This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Travelog ‘Pelayaran Kejelitaan SAFI’

0
RATU RANIA- Nora Danish mesra bersama para Pelayar Jelita di atas cruise mewah serba Putih berserta percikan palet ungu.

RATU RANIA- Nora Danish mesra bersama para Pelayar Jelita di atas cruise mewah serba Putih berserta percikan palet ungu.

Setelah melepasi proses saringan, 10 pemenang bertuah bersama pasangan dipilih menyertai pelayaran kejelitaan selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Pulau yang terkenal dengan mitos dan legenda ini membuka gerbang perjalanan emas pada 9 Oktober 2015 kepada 10 pasangan terpilih yang lebih dikenali sebagai Pelayar Jelita bagi mencari solusi kecantikan yang diimpikan selama ini.

Pelayaran Kejelitaan SAFI adalah acara kemuncak SAFI Fair 2015 yang berlangsung pada bulan Mac hingga April 2015.
SAFI membawa 10 wanita terpilih bersama pasangannya memulakan sebuah pelayaran kejelitaan bagi menyingkap rahsia kecantikan abadi. Peraduan ‘Mulakan Pelayaran Kejelitaan’ ini bertujuan untuk menggalakkan wanita menjaga dan mengekalkan keremajaan seawal usia remaja agar kecantikan sempurna dapat dikecapi secara semula jadi.

Selepas satu jam menikmati panorama indah diatas awan biru, kehadiran rombongan Pelayar Jelita disambut mesra jurumudi pelancong tempatan, Norazura. Eagle Square menjadi destinasi pertama kembara cantik ini.

Sepuluh pasangan Pelayar Jelita tidak ketinggalan mengambil gambar sebagai memori pelayaran mereka bersama SAFI. Mereka kemudiannya dibawa menaiki cable car yang menjadi penghubung Burau Bay Resort dengan puncak Gunung Machinchang sambil menikmati keindahan alam sekitar di udara. Nyaman rasanya apabila dapat merehatkan tubuh di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi yang direka seperti rumah tradisional menyambut ketibaan para tetamu dengan penuh mesra.

Hari kedua menjadi hari yang dinanti kan 10 pasangan Pelayar Jelita ini. Kembara cantik dimulakan dengan aktiviti menerokai pulau Langkawi dan kawasan sekitar menggunakan bot.

Bermula di Pulau Beras Basah yang menjadi tempat mereka menikmati air laut yang jernih dan bersih. Selepas berjalan di atas pasir pantai putih dan halus ini, bot berkuasa laju terus meluncur ke Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan air yang mampu menyuburkan peranakan wanita.

Sepanjang perjalanan di atas bot, mereka turut berpeluang melihat ketangkasan sang helang mencari mangsanya di laut. Keindahan panorama semula jadi ini memang menggamit memori dan mengujakan mata yang memandang.

Nora Danish kongsi tip
Tibalah kemuncak pelayaran kejelitaan yang menjadi agenda utama ‘Pelayaran Kejelitaan’ ini. Peserta berpakaian indah dengan blaus rona ungu diraja berserta percikan palet putih susu hadir di atas kapal cruise mewah untuk majlis santapan keanggunan bersama ‘Ratu Rania’- Nora Danish.

Sambil menikmati bias cahaya jingga matahari terbenam, rombongan peserta bertuah ini berpeluang untuk beramah mesra dengan Nora bagi mendapatkan solusi kecantikan wajah sebenar agar tampil muda remaja secara semula jadi.
Kata Nora, aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat disiplin mereka dalam memelihara dan merawat kulit wajah dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit wajah mendapat manfaat sepenuhnya.

“Umpama pelayaran mengemudi sebuah kapal, hanya yang berdisiplin dan patuh akan sampai ke destinasi” ujar Nora, menekankan mengenai konsep disiplin dalam penjagaan raut wajah.

Bagai terjumpa emas di lautan, peserta Pelayar Jelita kelihatan amat teruja mendengar tip penjagaan dan rejim kecantikan emas SAFI RANIA Gold daripada Nora yang menjadi resipi warisan seluruh wanita SAFI.

Kata seorang daripada 10 Pelayar Jelita, Norul Hernani Abd Latif, inilah pelayaran terindah buat dia dan suami.

“Solusi kecantikan abadi telah saya temui dan semestinya khasiat terkitab alami yang hadir daripada inovasi kecantikan ini akan saya kongsikan bersama rakan. Terima kasih Nora, terima kasih SAFI atas pengalaman ini,”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply