Wednesday, Apr 25, 2018
HomePersonalitiTuah nasi lemak & sup wantan

Tuah nasi lemak & sup wantan

Juara Masterchef UK 2014, Catherine Chin Wan Ping Coombes.

SAJIAN nasi lemak dan sup wantan membawa tuah kepada seorang suri rumah kelahiran Ipoh, Perak apabila dinobatkan sebagai juara Masterchef UK 2014. Kemenangan iniitu sekali gus membuktikan, hidangan tersohor rakyat Malaysia mampu diangkat hingga ke peringkat antarabangsa.

Advertisements

Catherine Chin Wan Ping Coombes,33, yang menetap di United Kingdom bukan sahaja memukau juri dengan dua hidangan itu, malah turut menghidangkan beberapa manisan istimewa, Vanilla and Coconut Pannacotta With Charred Pineapple, Freeze-dried Mango dan Pineapple and Lime Air.

Ping Coombes yang mewarisi bakat memasak daripada ibu dan neneknya mula memasak sewaktu menuntut di Oxford dan belajar mengubahsuai resepi ibunya.Selepas menjuarai pertandingan itu, dia bercadang untuk mempelajari lebih banyak lagi mengenai masakan Asia Timur selain berhasrat membuka restoran atau sekolah memasak.

Episod akhir program itu disiarkan menerusi saluran BBC One di UK, malam semalam. Dua lagi finalis turut berentap ialah Jack Lucas dan Luke Owen.

comments

Creme Brulee
Aishwarya Rai kembal

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja