Tuah Resipi Juara Dijual Di AEON, Sunway Pyramid

0

_ric9266Jenama multi-bijirin Malaysia, NESTUM® telah menobatkan suri rumah sebagai pemenang hadiah utama peraduan Empayar Kuih Raya NESTUM® (EKN) pada pusingan akhir pertandingan itu di gedung membeli-belah Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Resipi pemenang Hadiah Utama akan dihasilkan dalam bentuk produk jualan dan bakal dipasarkan di Pasar Raya AEON, Sunway Pyramid, bagi tempoh sebulan, akhir tahun ini.

Syarifah Hasnida, suri rumah dan ibu dua anak dari Kajang, Selangor, muncul sebagai juara dengan penyertaan resipi NESTUM® Chocolate Chips. Para hakim ternyata terpikat dengan penyertaan Pn Syarifah kerana Resipi yang ringkas, perisa yang cukup enak dan berkemahiran telah berjaya memikat hakim pertandingan.

Ternyata, resipi Biskut NESTUM® Makmur ciptaan suri rumah ini, yang diadun dengan kacang, susu, dan Nestum®, menjulangnya hingga ke peringkat akhir. Ciptaan penyertaan akhirnya, NESTUM® Chocolate Chips, melonjak beliau memenangi hadiah utama.

Ilham mempertingkat kegemaran memasak menjadi aktiviti yang serius mula dipupuk setelah mendapati usaha itu dapat menyatukan seluruh anggota keluarganya. Justeru, dia menyertai peraduan itu dengan harapan, resipi adunannya dapat membantu menambah pendapatan keluarga.

“Sepanjang berlangsungnya peraduan, saya bekerja keras dan segala kesungguhan telah membuah hasil dan pastinya kemenangan ini bakal merubah hidup saya. Bukan sahaja mendapat sokongan daripada keluarga, bahkan peserta finalis juga begitu ikhlas memberi semangat.Tanpa mereka, saya tidak dapat sampai ke tahap ini,” kata Hasnida.

Selain berpeluang memasar produk resipi penyertaan di pasar raya, Hasnida turut menerima hamper Nestlé® bernilai RM500, sebuah ketuhar Electrolux bernilai RM500 dan set memasak BAGUS.

Pengurus Eksekutif Perniagaan produk Susu, Nestlé Malaysia, Ng Su Yen, berkata, kempen Empayar Kuih Raya NESTUM® ini adalah suatu wadah untuk mendorong warga Malaysia mengetengah idea mereka supaya dapat diterjemah menjadi keusahawanan.

“Kami di NESTUM®, mahu membantu warga kita mencapai sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan ini dengan meraih kelebihan daripada aktiviti kegemaran masing-masing. Kami sungguh teruja kerana dapat melonjak dan mengetengah kuih ciptaan Pn Hasnida yang akan dibantu dengan kemampuan pemasaran yang disediakan AEON,” ujar Ng Su Yen.

Peraduan ini adalah usaha yang didokong Nestlé®  dengan kerjasama AEON Co.(M) BHD dan BAGUS Marketing Sdn Bhd, bertujuan menginspirasi dan memberi peluang kepada warga Malaysia merubah aktiviti kegemaran memasak menjadi bisnes yang maju. Lima finalis; Syarifah, Azlina Zulfikly, Mohd Hilal, Ng Lee Hong dan Zarina Zainal Abidin, menyertai peraduan yang bermula Mei, seterusnya mara ke pusingan akhir selepas melalui beberapa cabaran.

Peserta finalis peraduan NESTUM® Empayar Kuih Raya terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang. Penyertaan guru bersara. Barisan ketua hakim terdiri daripada chef selibriti, Chef Karen Chai dan Chef Hau dari BAGUS, serta barisan hakim dari pelbagai perwakilan Nestlé dan AEON.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply