Tulisan Abby Abadi cetus spekulasi

0
Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

TULISAN Abby Abadu atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan, 37, menerusi status di dalam akaun Instragramnya mengundang pelbagai spekulasi di masyarakat, terutama peminat di laman sosial itu.

Sabtu lalu, Abby memuat naik status, “Dari awal kenal…beli cincin…uruskan pernikahan…nikah…saat2 indah…dugaan bersilih ganti…ujian datang & pergi…Akhirnya…Mohon doa kalian…Doa yang terbaik utk kami…Untuk yg terakhir kali.

Tulisan itu mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif peminatnya di Instagram, malah turut menjadi bualan hangat di laman sosial lain. Seorang daripada peminatnya menegur cara Abby menulis status berkias itu hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya dan spekulasi yang mungkin boleh memburukkan keadaan. Apatah lagi Abby mengambil sikap berdiam diri daripada membalas komen atau membuat sebarang penjelasan mengenai tulisannya itu.

Bagaimanapun, kebanyakan peminatnya mendoakan masalah yang dihadapi bekas pelakon Gerak Khas dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar,24 dapat diselesaikan dengan baik. Abby berkahwin dengan Farhan pada 9 Julai 2013. Terdahulu, Abby berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply