Udang Goreng Mentega

0
Hidangkan masakan kegemaran seisi keluarga dan eratkan kasih sayang.

Hidangkan masakan kegemaran seisi keluarga dan eratkan kasih sayang.

UDANG goreng mentega semakin digemari ramai dan sering menjadi pilihan ketika menjamu selera di restoran makanan laut. Cara memasaknya tidak susah, anda boleh lakukan sendiri di rumah. Rasanya yang lemak, sedikit pedas dan ranggup pasti menambat hati seisi keluarga.

Bahan:
1/2 kilo udang, dibelah bahagian belakang dan cuci bersih
Sedikit lada sulah
Sedikit garam halus
4 biji kuning telur, dipukul
Minyak masak untuk menumis
6 camca besar mentega
3 ulas bawang putih, dicencang
2 helai daun kari
3 tangkai cili padi, dihiris nipis
4 camca besar susu cair

Cara membuatnya:
1. Cara buat telur ranggup: Di dalam kuali, masukkan empat camca besar mentega dan satu senduk minyak masak. Panaskan sehingga mentega cair.
2. Mangkuk yang berisi kuning telur dengan cara iangkat tinggi (supaya adunan telur menjadi halus apabila masuk ke dalam minyak. Goreng sehingga telur berbuih dan garing. Angkat menggunakan penapis dan tuskan.
3. Gaul udang bersama sedikit lada sulah dan garam. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas seketika ( setengah masak, jangan sampai kulit udang menjadi kecut) dan ketepikan.
4. Di dalam kuali lain, cairkan mentega. Tumis bawang putih bersama daun kari dan cili padi sehingga garing. Masukkan susu cair, cili padi dan sedikit lada sulah serta garam (jika perlu). Masak sehingga kuah sedikit pekat.
5. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak seketika. Angkat.
6. Masukkan udang ke dalam pinggan hidang dan tabur telur ranggup.

*Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasiemagazineonline atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply