Usia tak halang cinta Erin Malek – Farriz Fauzy

0
Erin yakin kesungguhan dan kematangan Farriz dapat membahagiakannya.

Erin yakin kesungguhan dan kematangan Farriz dapat membahagiakannya.

PERKENALAN singkat, iaitu cuma empat bulan dan jarak usia 10 tahun tidak menghalang pelakon terkenal Erin Malik, 20, menerima jejaka tampan, Farriz Fauzy, 30, sebagai calon suaminya.

Bagi heroin filem ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya’, sejak berkenalan pada Januari lalu, banyak perkara yang menyakinkan mereka untuk sampai ke peringkat mengikat tali pertunangan malam tadi dan dijangka ke jenjang pelamin tahun depan.

Malam tadi, bertempat Duta Suria Residency di Ampang, berlangsung majlis pertunangan Erin dengan Farriz dalam suasana  cukup meriah dan romantis dengan kehadiran keluarga dan teman rapat mereka..

Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi perbincangan daripada bapa saudara yang mewakili pihak lelaki, Zarak Kamal. Sementara pihak Erin, mewakilkan bapa saudaranya, Zulkifli Sulaiman.

Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Majlis menyarung cincin disempurnakan ibu Farriz, Wan Nor Azmah. Keluarga kedua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan majlis perkahwinan pasangan ini pada 10 Oktober 2015.

Pada majlis penuh bermakna itu, Erin tampil anggun dalam persalinan daripada pereka fesyen terkenal Azura Couture dengan hiasan pelamin bertemakan Fairy Blossom.

Turut hadir memeriahkan majlis itu, beberapa rakan artis seperti Fasha Sandha, Arja Lee dan Faralyna Idris.

Kredit foto: Mazazitv

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply