“Wah, kulit saya muda, cerah dan berseri!”

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

“TENGOKLAH kulit muka saya ni, Sara. Kusam dan tak bermaya, minggu depan ada pembentangan kertas kerja. Aduh, malunya!” Rungut Lisa, sambil membelek-belek wajahnya di depan cermin.

Ya, ramai wanita yang tidak senang duduk apabila kulit wajahnya kusam dan tidak bermaya. Tidak dinafikan, kulit sihat berseri dambaan setiap wanita, sekali gus meningkatkan keyakinan diri khususnya apabila tampil di khalayak ramai. Justeru, wanita harus menjaga dan merawat kulit agar sentiasa sihat dan cerah berseri.

Jenama penjagaan kecantikan wajah, L’OCCITANE berkongsi rahsia memiliki kulit wajah lebih muda, sihat dan berseri dengan cara mudah tetapi berkesan. Amalkan petua berikut agar kulit muda, cerah dan berseri.

1. Tidur atas bantal bersarung sutera
Kebanyakan kita menghabiskan 7 hingga 8 jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang akan mengedutkan kulit kita. Dan boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, yang menggesel bahagian muka yang lembut dan leher semasa kita tidur, menyebabkan garis-garis kekal. Bertukar kepada sarung bantal sutera membantu mengurangkan geseran pada kulit anda, agar anda tidak bangun pagi dengan muka bergaris. Ia juga tidak menyerap lembapan daripada kulit anda kerana sutera tidak setelap kain kapas!

2. Lulur dua kali seminggu
Ramai antara kita mengabaikan langkah ini. Sel mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan kepudaran dan kekasaran kulit. Lulur muka dan leher dengan skrub muka yang lembut, selepas membersih, dua kali seminggu. Ini membantu menanggalkan sel kulit mati, dan juga merangsang pembaharuan kulit. Pilih skrub muka yang mengandungi manik-manik halus, dan jangan sental muka dengan kuat! Pergerakan berpusar secara lembut sudah memadai.

3. Elakkan mandi lama, dengan air panas
Memang seronok kalau dapat berdiri bawah pancuran air panas selama yang boleh! Tetapi tahukah anda bahawa air panas melenyapkan minyak semula jadi pada kulit anda, menyebabkan kulit nyahhidrat? Bila kulit anda nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cubalah mandi dengan air sejuk. Ini bukan sahaja satu cara untuk menyegarkan semula diri anda selepas seharian bekerja, tetapi juga menjadikan kulit anda kental dan sihat!

4. Sapu semula tabir suria sepanjang hari
Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit menjadi keras dan nampak kasar. Oleh itu, adalah penting untuk menyapu semula tabir suria, kerana krim yang anda sapu pada muka sebelum pergi bekerja tidak lagi berkesan apabila anda keluar untuk makan tengah hari.

Sinar matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit anda. Jadi, sentiasalah bersedia. Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka anda, dan sapu semula tabir suria pada muka dan leher. Kalau boleh, elakkan matahari dari 11 pagi hingga 4 petang, kerana sinar UV paling kuat dalam tempoh ini.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply