Wanita ‘amuk’ pemandu tua jadi trending di media sosial

0

Kiki3KUALA LUMPUR: Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial pada Selasa.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut. – Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply