Wanita cedera langgar lubang

0

PEKAN – Hasrat seorang wanita yang ingin ke pasar malam bersama dua sepupunya tidak kesampaian selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika menunggang motosikal di Jalan Pulau Serai, di sini.

Nor Faizah Abdul Mutalib, 28, berkata, ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bentan ke pasar malam di perumahan Peramu Jaya 3, dekat sini.

Menurutnya, dia menunggang motosikal bersendirian manakala dua lagi sepupunya menaiki sebuah lagi motosikal dan berada di bahagian hadapannya.

“Ketika melalui jalan Pulau Serai, keadaan sekitar sememangnya gelap kerana tiada lampu jalan dan saya hanya mengekori motosikal yang ditunggang sepupu sebelum ketinggalan agak jauh di belakang.

“Ketika sedang menunggang, tiba-tiba tayar depan motosikal saya seperti terlekat kerana termasuk dalam lubang menyebabkan saya terpelanting dan jatuh ke tengah jalan,” katanya.

Nor Faizah berkata, beberapa pengguna jalan yang kebetulan lalu membantu mengangkatnya dan motosikal ke tepi jalan.

“Dua sepupu hanya tahu mengenai kemalangan menimpa saya selepas berpatah balik kerana tidak nampak kelibat saya di belakang mereka,” katanya.

Dia dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan akibat kecederaan di bahagian muka, badan dan kaki.-Sinar Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply