Wings janji bersama selamanya

0
“Kalaulah masa boleh diundur, saya harap perpisahan sebelum ini dapat dielakkan. Pada masa sama, saya boleh bertindak matang lebih awal ketika itu."

“Kalaulah masa boleh diundur, saya harap perpisahan sebelum ini dapat dielakkan. Pada masa sama, saya boleh bertindak matang lebih awal ketika itu.”

Ibarat sebuah perkahwinan, menjaga keharmonian, saling menyayangi dan setia, bukan hal mudah. Begitu juga jalinan hubungan dalam sesebuah kumpulan muzik. Keegoan dan sikap pentingkan diri sendiri hanya membantutkan, malah memusnahkan impian yang mahu direalisasi bersama.

Sepanjang 30 tahun mengharungi pahit manis perjalanan sebagai anak seni, bukan calang-calang cabaran yang harus ditempuhi. Apatah lagi perjalanan kumpulan legenda rock Wings, yang dianggotai Awie, Eddy, Black dan Joe.

Berbekalkan semangat juang tinggi dengan bakat tersendiri, perjuangan muzik Wings yang bermula dari bawah berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila mencetuskan fenomena dalam muzik rock yang menjadi pilihan anak muda pada era 80-an. Irama rock mereka menjadi siulan, sekali gus membuat nama kumpulan Wings meniti di bibir penggemar muzik tanahair.

Pun begitu, langit tidak selalunya cerah, bukan mudah merealisasikan perjuangan bersama kumpulan. Selain terpaksa berhadapan dengan turun naik industri, Wings tidak terkecuali terheret dalam konflik dalaman bilamana, Awie selaku vokalis asalnya membuat keputusan membawa haluan sendiri. Padahal ketika itu, Wings berada di kemuncak populariti.

Tanpa Awie, Wings tetap meneruskan perjuangan mereka dan mampu bertahan dengan kehadiran vokalis pengganti dengan kehadiran Mel dan Mus,  malah sempat merakamkan beberapa buah album bersama Wings sebelum Awie kembali semula.

“Kalaulah masa boleh diundur, saya harap perpisahan sebelum ini dapat dielakkan. Paling penting, saya boleh bertindak lebih matang ketika itu. Mungkin ketika itu darah muda terlalu kuat, tak fikir panjang. Ikut kehendak emosi sangat” kata Awie dengan nada kesal ketika ditemui pada majlis meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan Wings, baru-baru ini, di Hotel Swiss Garden & Residences, Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Ternyata, Awie cukup beremosi sehingga menitiskan airmata tatkala mengimbau kembali perjalanan muzik rocknya bersama Wings. Cukup jelas, dia gagal mengekang perasaan sebak dan terharu mengenang cerita suka duka bersama kumpulannya itu.

“Dalam tempoh 30 tahun, banyak kenangan yang kami harungi bersama. Paling saya tak lupa, apabila membuat keputusan meninggalkan Wings pada 1993. Sebenarnya, Wings tidak pernah berpecah kerana sepanjang ini ketiadaan saya dalam kumpulan yang ditubuhkan sejak 1985 ini cuma berganti vokalis.

Sepanjang tempoh itu juga, kami sama-sama muhasabah diri dan berbincang dari hati ke hati. Alhamdulillah, jodoh kami panjang. Kami ‘rujuk’ semula selepas lapan tahun ‘bercerai talak satu’. Sejujurnya, dalam tempoh ‘bercerai’ itu saya rasa sangat perit kerana jiwa dan semangat muzik saya hanya bersama Wings.”

Selepas kembali bersatu, Wings enggan menoleh ke belakang. Fokus dan misi mereka adalah untuk meneruskan perjuangan dengan semangat setia kawan sampai bila-bila.

“Alhamdulillah, kami terus bersama dalam perjalanan yang panjang ini. Kami telah melalui pelbagai onak ranjau."

“Alhamdulillah, kami terus bersama dalam perjalanan yang panjang ini. Kami telah melalui pelbagai onak ranjau.”

“Alhamdulillah, kami terus bersama dalam perjalanan yang panjang ini. Kami telah melalui pelbagai onak ranjau. Kami pernah rasa senang dan susah, akhirnya kami berada di tahap ini sekali gus meraikan ulang tahun ke-30 kebersamaan Wings.

“Berkat sokongan keluarga dan teman seperjuangan, kami berharap selepas ini dapat meneruskan lagi perjuangan yang akan menambahkan ulang tahun akan datang.”

Janji bersama
Menghargai persahabatan yang terjalin bersama anggota Wings, Awie mengharapkan hubungan mereka  terus kekal bersama selamanya.

“Wings adalah simbolik persahabatan kami. Kami akui takut dengan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini. Bersama harapan dan semangat, Apa yang kami lakukan adalah berdoa selain berusaha agar tidak berpecah dan berlaku kesilapan sama.

“Sebenarnya, saya sudah buat perjanjian selepas kembali bersama Wings, saya berjanji tidak mahu bergaduh. Paling tidak pun kalau marah, saya akan berdiam diri.

Bagi saya, berada dalam satu kumpulan sama seperti sebuah perkahwinan. Kami saling memerlukan. Jujur kata, saya lebih terasa berpisah dengan kumpulan ini berbanding berpisah dengan isteri sebab mereka inilah segala punca periuk nasi dan sebagainya. Mereka ini yang bekerja keras dan berhempas pulas untuk menentukan kehidupan keluarga termasuk isteri kami.

“Memang saya pernah memilih untuk bergerak sendiri, tetapi saya sedar perjalanan itu tidak bermakna apabila sendirian berada di atas pentas. Bila berkumpulan, saya dapat rasa aura dan semangat yang luar biasa ketika membuat persembahan,” luah Awie lagi.

"Kami menjanjikan persembahan terbaik buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan seni Wings sejak awal kemunculan lagi. Ini bukan sahaja persembahan konsert semata-mata, ia seperti sebuah karnival secara besar-besaran,”

“Kami menjanjikan persembahan terbaik buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan seni Wings sejak awal kemunculan lagi. Ini bukan sahaja persembahan konsert semata-mata, ia seperti sebuah karnival secara besar-besaran,”

Konsert istimewa 30 tahun
Kehadiran ulang tahun ke-30 Wings menjadi momen terindah buat setiap anggota kumpulan Wings. Justeru, berasak usia yang dicapai perlu diraikan, Wings sepakat untuk mengadakan persembahan berskala besar, ‘Konsert 30 Tahun Wings’ yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2015 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

“Kami menjanjikan persembahan terbaik buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan seni Wings sejak awal kemunculan lagi. Ini bukan sahaja persembahan konsert semata-mata, ia seperti sebuah karnival secara besar-besaran,” ujar Awie.

Menerusi konsert ini, Wings bakal beraksi dan menghiburkan penontonnya dengan lebih kurang 30 buah lagu.Bersempena 30 tahun, maka lagu pilihan yang bakal disampaikan juga berjumlah 30 lagu.

“Acara konsert akan bermula seawal jam 2 petang, ada beberapa aktiviti dijalankan seperti persembahan buskers dan artis baharu yang hanya memainkan lagu Wings hingga bermulanya konsert pada malam itu.

Pada jam 6 petang, pintu stadium akan dibuka dengan tibanya beberapa kelab motosikal berkuasa besar yang kami undang daripada seluruh Malaysia.

Secara keseluruhannya, gambaran konsert yang akan dijalankan itu adalah yang terbaik dengan beberapa gimik termasuk beberapa undangan artis popular seperti Edry Hashim, Jacklyn Victor, Nash dan beberapa lagi artis turut beraksi pada malam itu. Tidak ketinggalan, kami turut mengundang bekas anggota Wings yang lain.”

Harga tiket  konsert ini dijual pada harga RM48, RM85 dan RM285,  boleh dibeli secara atas talian melalui www.tickethotline.com.my atau maklumat lanjut di www.sayap2wings.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply