Thursday, Jul 19, 2018
HomeBeritaWira sukan paralimpik meninggal dunia

Wira sukan paralimpik meninggal dunia

Difahamkan, arwah Mohammad Azlan (tengah) akan dikebumikan malam ini di negeri kelahirannya, Terengganu. (Gambar: Berita Harian)

 

DUNIA sukan tanahair kehilangan wira paralimpik olahraga negara, Mohamad Azlan Mat Lazim yang maut akibat kemalangan jalan raya, hari ini.

Advertisements

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari tadi, Mohamad Azlan, 24, dikatakan membonceng motosikal bersama rakan yang juga atlet paralimpik negara, Farisan Jasna dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari sebelum terbabit nahas itu.

Farisan, 25, dalam pada itu mengalami kecederaan patah tulang lengan kanan dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Pada temasya di Incheon, arwah meraih tiga pingat emas pada temasya itu menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38.

Selain itu, Mohamad Azlan juga dinobatkan pemenang Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2013/2014 kategori Anugerah Khas Paralimpiad.

Difahamkan, arwah Mohammad Azlan Akan dikebumikan malam ini di negeri kelahirannya, Terengganu. (Sumber: Berita Harian Online)

comments

"Saya tak dipaksa me
Azian Hasan realisas

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja