‘Yahaira Leanne’ pilihan Lisa dan Yusry

0
Lisain

Bayi mereka dinamakan pada upacara tahneek.

Wahhh! Manis sungguh nama pilihan Yusry dan Lisa Surihani untuk bayi perempuannya. Pasangan selebriti terkenal ini memilih ‘Yahaira Leanne’ untuk anak sulong mereka itu. Nama itu membawa maksud, ‘wahai sebaik-baik kelembutan’.

Lisa dan Yusry berkongsi nama pilihan mereka itu di laman sosial masing-masing bersempena majlis menamakan anak pada hari ke-7 selepas kelahirannya pada 15 Sept 2015. Rata-rata pengikut mereka di laman sosial itu gembira dan menyukai pilihan nama yang cukup cantik dan unik.

lisa2Hari ini 22nd September 2015 bersamaan 7 Zulhijjah 1436 , puteri sulung kami diberi nama ياخيرا ليان Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik2 buat kami semua,” Tulis Lisa di dalam akaun Instagramnya.

Lucunya, baru saja perkongsian itu dibuat terus muncul akaun palsu menggunakan nama ‘Yahaira Leanne’ dan Lisa bertindak mengumumkan akaun Instagram menggunakan nama anaknya itu adalah palsu.

"This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you." Tulis Lisa.

This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you.” Tulis Lisa.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply