Zamani Slam ‘dibuli’ dalam lokap?

0

DALAM keadaan tangan digari, Zamani yang ditahan polis atas tuduhan positif dadah didakwa telah ‘dipaksa’ menyanyi lagu Gerimis Mengundang ketika berada di dalam lokap. Klip video berdurisi 1.24 minit itu menunjukkan vokalis kumpulan Slam itu, menyanyi lagu berkenaan dengan tangan bergari.

Rakaman klip video itu tersebar dan menjadi viral di laman sosial, sekali gus menimbulkan perasaan tidak puas hati serta kemarahan orang ramai khusus peminat Zamani dan Slam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai suatu yang mengaibkan selain tidak beretika.

Menerusi maklum balas daripada peminat di laman soal, mempersoalkan tindakan rakaman itu dilakukan dan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.

Perbuatan tidak beretika itu mengundang kemarahan ramai.

Perbuatan tidak beretika itu mengundang kemarahan ramai.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan kira-kira pukul 12.30 tengahari semalam (Rabu) bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methamphetamine.

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kediaman penyanyi itu telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan. Hasil pemeriksaan mendapati satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin sejak 10 tahun lalu.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply