Ziana Zain selesa bertudung

0
Ziana juga berharap agar hijrahnya ini kekal hingga ke akhir hayat.

Ziana juga berharap agar hijrahnya ini kekal hingga ke akhir hayat.

“ALHAMDULILLAH, saya rasa sangat tenang, selesa dan lega. Tak ada perasaan rimas atau kekok memakai tudung, semuanya dipermudahkan. Syukur, ini semua berkat doa keluarga dan peminat.” Begitu kata penyanyi tersohor, Ziana Zain ketika mengulas mengenai penampilan dirinya yang kini telah berhijab.

Ziana menyifatkan keputusan berhijab sebagai hadiah kemenangan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya apatah lagi berlaku pada Ramadan ini.

“Memang saya sudah lama berniat untuk bertudung sepenuhnya, syukur akhirnya Allah memakbulkan doa saya, peminat, kawan dan yang paling termakbul adalah doa ibu bapa saya.

Penyanyi tersohor ini juga menyifatkan keputusan berhijab sebagai hadiah kemenangan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya.

Penyanyi tersohor ini juga menyifatkan keputusan berhijab sebagai hadiah kemenangan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya.

Ziana mengumumkan berita penghijrahannya bersempena Hari Nuzul Quran pada 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadan. Bagaimanapun, dia sebenarnya telah berhijab lebih awal dari tarikh itu, namun perkara itu tidak diwar-warkan.

Sebelum ini, duta produk kecantikan Safi Rania Diamond ini menjelaskan dia berhijab bagi menghormati bulan Ramadan serta menghormati guru di sekolah anaknya. Lebih-lebih lagi, anak sulungnya, Mohd Aiman, sebelum ini ada meluahkan keinginan mahu melihat ibunya berhijab penuh.

Dalam pada itu, Ziana turut memberitahu, kerjaya nyanyiannya berjalan seperti biasa, namun, dia akan membataskan dari segi penampilan agar bersesuaian dengan penampilannya sekarang. Selain itu, Ziana juga berharap agar hijrahnya ini kekal hingga ke akhir hayat.

“Terima kasih atas sokongan semua peminat, doakan saya terus istiqomah ye. Saya juga sedang berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik.”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply